KADAR penyakit barah perut atau lebih dikenali sebagai kanser gastrik terutamanya dalam kalangan generasi muda kini semakin meningkat.
Lazimnya, kanser perut didiagnosis pada pesakit berusia 60 dan 70-an, tetapi ia semakin banyak dihidapi golongan lebih muda pada masa kini.
Pakar Onkologi Pembedahan Mayo Clinic, Amerika Syarikat (AS), Dr Travis Grotz berkata, peningkatan kadar diagnosis kanser perut menjadi trend yang membimbangkan.
Dr Travis juga menggesa agar lebih ramai mengambil tahu tentang tanda atau gejala awal penyakit tersebut.
"Sekarang saya melihat orang berumur 20, 30, 40 tahun menghidap kanser.
"Ramai pesakit muda yang menghidap kanser perut didiagnosis lewat apabila rawatan kurang berkesan.
"Saya fikir, pesakit yang lebih muda ini sering menganggap mereka mempunyai gaya pemakanan tidak baik.
"Mereka menganggap bahawa ia hanya refluks, tertekan atau terlalu muda untuk menghidap kanser," katanya.
Justeru, terdapat beberapa gejala kanser gastrik boleh diketepikan sebagai isu kecil pada orang yang lebih muda.
Gejala tersebut boleh termasuk:
1. Penurunan berat badan
2. Refluks
3. Senak perut
4. Kesukaran menelan
5. Anemia
"Refluks dan mengalami pedih ulu hati, senak serta gastrik, itu boleh menjadi normal sama sekali.
"Tetapi anda pasti perlu sedar, menilai dan memastikan tidak ada perkara yang lebih teruk berlaku," tambahnya.
Dr Travis bagaimanapun menjelaskan bahawa terdapat faktor lain yang menyebabkan penyakit kanser perut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram