'Declutter' dapur menjelang lebaran, ruang masak lebih rapi dengan aneka gaya penstoran


  • Relaks
  • Ahad, 16 Mac 2025

Pemilihan storan yang sesuai dapat membantu rumah menjadi lebih rapi dan minda terasa lebih tenang.

RAMADAN adalah bulan rahmat dan pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang menuntut kita untuk berpuasa dan bermuhasabah.

Dapur semestinya sudut rumah yang paling sibuk apabila hampir tiba waktu berbuka atau bersahur dan mestilah ia kita inginkan ia kelihatan cantik, bersih dan kemas selalu. 

Berbicara mengenai dapur dan makanan, storan yang berkesan amat penting bukan sekadar untuk kebersihan tetapi juga mengelakkan daripada berlaku pembaziran.

Tidak kira sama ada untuk menyusun stok dapur, menyajikan juadah sahur dan iftar atau pun mewujudkan ruang yang bergaya, pemilihan storan yang sesuai dapat membantu rumah menjadi lebih rapi dan minda terasa lebih tenang.

BACA LAGI: Ceburi bidang perniagaan selepas tamat kursus pendek di Oxford, Uyaina saran anak muda usah remehkan pendidikan

BACA LAGI: Kamar mandi sentuhan eksklusif, cahaya hiasan tersembunyi cipta kesan visual mewah

Di samping memanfaatkan barang sedia ada, Majoriti berkongsi lima penyelesaian susun atur perkakas dapur yang dapat membantu anda mencapai perkara tersebut.

Bekas makanan kedap udara adalah penyelesaian praktis bagi memastikan peti sejuk dan dapur anda tersusun rapi ketika merancang hidangan yang ingin dimasak.

Plastik kedap udara

Makanan berkhasiat amat penting sepanjang Ramadan, namun kesibukan jadual kerja boleh membuat perancangan penyediaan makanan agak sukar.

Bekas makanan kedap udara adalah penyelesaian praktis bagi memastikan peti sejuk dan dapur anda tersusun rapi ketika merancang hidangan untuk diri sendiri dan keluarga.

Tidak kira makanan atau pencuci mulut seperti puding yang hendak disimpan untuk sahur, bahan yang telah dipotong untuk iftar, atau kudapan kesukaan anda dari bazar Ramadan.

Jika tidak habis, pastikan ia disimpan di dalam bekas serba guna. Beg atau bekas kedap udara boleh memastikan lebihan makanan kekal segar. Malah, rutin ini mengelakkan pembaziran serta memudahkan untuk ia dipanaskan semula.

Tutup lebihan makanan agar ia kekal segar sewaktu dihidang semasa iftar. Penutup makanan atau tudung salji boleh melindungi makanan jika tidak habis waktu berbuka.

Klip pengedap yang praktis dan bergaya untuk menyimpan makanan berbungkus.

Sambil mengekalkan kesegarannya ia boleh dinikmati selepas solat tarawih. Langkah mudah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran makanan, tetapi juga menjadikan susunan meja lebih kemas dan tidak bersepah.

Selain itu, gunakan klip pengedap yang praktikal dan bergaya untuk menyimpan makanan berbungkus untuk sesi moreh.

Asingkan makanan kudapan di satu sudut atau di atas perkakas yang mudah dicapai untuk dijadikan sebagai ‘stesen kudapan’.

Penyimpanan bergaya

Ramadan juga merupakan waktu untuk berkumpul bersama-sama insan tersayang.

Kurma, kekacang dan buah-buahan kering sering menjadi kudapan utama sama ada untuk berbuka puasa ataupun memberikan tenaga segera ketika sahur.

Gunakan kotak khas untuk menyimpan kudapan ini agar lebih mudah dibuka atau ditutup.

Selain itu, asingkan makanan seperti itu di satu sudut atau di atas perkakas yang mudah dicapai untuk dijadikan sebagai ‘stesen kudapan’.

Sementara anda bagi memudahkan penyediaan juadah untuk tetamu terutama apabila anda memerlukan lebih ruang storan untuk musim ini serta perayaan bakal datang.

Sistem storan yang sesuai juga bermakna anda tidak perlu lagi tergesa-gesa mencari hiasan raya setiap tahun seperti, selendang meja dan peralatan makan.

Kemas tersusun, tidak lagi bersepah-sepah

Ruang yang kemas memberi ketenangan minda. Ramadan ini, wujudkan suasana rumah yang lebih mesra dan tenang bagi menyambut bulan penuh berkah ini.

Gunakan bakul atau kotak kecil untuk memastikan ruang anda sentiasa kemas dan memudahkan anda mencapai barangan.

Dengan cara ini, anda akan mempunyai lebih ruang untuk menikmati detik bermakna bersama-sama insan tersayang.

Sistem storan yang sesuai juga bermakna anda tidak perlu lagi tergesa-gesa mencari hiasan raya setiap tahun seperti, selendang meja, peralatan makan istimewa, ataupun keperluan solat.

Dengan pilihan storan dalam saiz yang berbeza-beza mengikut keperluan anda, anda boleh menyimpan barangan dengan kemas apabila musim perayaan tiba.

 

Pilih barang dan peralatan yang boleh digunapakai lebih daripada sekali untuk penggunaan yang lestari.

Gantikan dengan barangan yang lestari

Selain penyelesaian storan, anda boleh juga amalkan sifat bijak berbelanja dengan hiasan yang berhemat.

Elakkan memenuhi ruang storan dengan barangan yang hanya sekali sahaja diguna.

Sebaliknya, pilih yang lebih praktis, sedikit ringkas dan lestari seperti sarung kusyen yang boleh ditukar ganti serta alas meja yang boleh dicuci dan digunakan semula setiap musim.

Sebagai contoh barangan yang ada di IKEA menawarkan banyak pilihan peralatan yang mampu milik oleh orang ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

 

 

IKEA, Ramadan, perkakas, dapur, peralatan, plastik, bekas