![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/12/3163917.jpg)
PERTUNJUKAN fesyen sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sedang rancak berlangsung di sekitar Kuala Lumpur.
Pelbagai jenama dan label pereka fesyen tempatan 'berlumba-lumba' menampilkan koleksi busana masing-masing baik untuk golongan wanita, jejaka mahupun kanak-kanak.
Alfaro misalnya, antara jenama tidak melepaskan peluang mempamerkan himpunan pakaian raya menerusi acara pertunjukan fesyen yang berlangung dalam suasana meriah di Kuala Lumpur.
BACA LAGI: [VIDEO] Keputusan VAR 'last minute' kecewakan fans, aksi JDT-MUFT dan Selangor-Penang turut terpalit
BACA LAGI: Keputusan ref di Stadium Bandaraya kecewakan Selangor raih 3 mata
Alfaro menampilkan rekaan yang praktikal dan minimalis, namun masih tampak menawan.
Apatah lagi, menyaksikan gimik pelancaran daripada pelakon dan duta Alfaro, Fasha Sandha 'turun dari kayangan'. Pesona ibu kepada tiga cahaya mata itu persis ratu Arab.
Bukan itu sahaja, beliau juga mengatur langkah bergaya dalam persalinan abaya berwarna biru lembut.
Dibarisi 10 model lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak pentas runway dihiasi pakaian eksklusif Alfaro pelbagai rekaan, potongan dan warna.
Fasha Sandha (dua dari kiri) kekal menjadi Duta Alfaro.
Rekaan yang praktikal dan relevan dalam era globalisasi Alfaro menawarkan koleksi pakaian raya terdiri daripada koleksi tudung, baju kurung, abaya dan jubah.
Ini termasuk koleksi pakaian lelaki seperti baju Melayu dan kurta serta pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Koleksi baju raya sekeluarga yang sedondon boleh dimiliki di butik Alfaro.
Antara koleksi baharu ialah Alfaro Dubai Exclusive Anaya Abaya with Stone Embroidery, Alfaro Exclusive Baju Kurung bersama sulaman terindah dan Alfaro Elegant Baju Kurung (maroon chiffon bersama renda bersulam tradisional moden). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram