Teknologi realiti maya (VR) redakan 'anxiety' pesakit berumur, khususnya untuk pembedahan jantung terbuka  


  • Relaks
  • Isnin, 03 Mac 2025

VR boleh menjadi alat yang berkesan untuk mengurangkan kebimbangan terhadap pra-operasi dalam kalangan pesakit.

PERUBAHAN zaman mendorong kemajuan teknologi yang dilihat semakin membuka minda manusia.

Peralatan tambahan permainan video sarung kepala Realiti Maya atau VR, yang digunakan bersama permainan konsol seperti Playstation 5 kini, sedang diberi perhatian untuk digunakan dalam bidang perubatan.

BACA LAGI : Pandangan ibu Zayn Rayyan seperti kosong, tiada perasaan ketika disoal di mahkamah

BACA LAGI : Saksi menangis cerita detik jumpa jasad Zayn Rayyan seperti tidur mengiring

Satu kajian terbaharu yang diterbitkan dalam jurnal Mayo Clinic Proceedings mencadangkan, VR boleh menjadi alat yang berkesan untuk mengurangkan kebimbangan terhadap pra-operasi dalam kalangan pesakit.

Terutamanya golongan yang lebih tua untuk menjalani pembedahan jantung terbuka pertama mereka.

Pembedahan jantung adalah prosedur perubatan yang serius dan boleh jadi, prosesnya akan menakutkan pesakit.

Walaupun banyak kajian yang menggunakan VR sebelum ini melibatkan populasi pesakit yang lebih muda, penemuan kajian menunjukkan bahawa teknologi tersebut turut berkesan dan diterima baik dalam kalangan pesakit lebih berusia.

Visual yang menenangkan membantu pesakit untuk melupakan seketika rasa takut ketika sewaktu prosedur sedang dijalankan.

VR mampu mengurangkan kebimbangan pra-operasi dan hasil pasca-operasi yang negatif, termasuk peningkatan kesakitan, pengurangan aktiviti, dan penggunaan ubat yang lebih tinggi.

Pengurangan kebimbangan adalah sangat penting memandangkan pesakit akan alami kebimbangan pra-operasi dan hasil pasca-operasi yang negatif, termasuk peningkatan kesakitan, pengurangan aktiviti dan penggunaan ubat yang lebih tinggi.

“Kajian ini mewakili satu langkah ke hadapan dalam meningkatkan pengalaman pesakit dan berpotensi menggunakan pendekatan ini untuk mengoptimumkan pemulihan pasca-operasi,” kata penulis kanan kajian dan penyelidik penyakit kardiovaskular Mayo Clinic, Dr Jordan Miller.

Penyiasat kajian dan pakar bedah jantung Mayo Clinic, Dr Joseph Dearani dan Dr John Stulak, menekankan kepentingan keadaan emosi sebelum dan selepas pembedahan jantung. 

“Kami kini menawarkan terapi muzik dan urutan selepas pembedahan jantung kerana kami sedar betapa negatifnya kesan kebimbangan yang tinggi terhadap pemulihan daripada pembedahan.

“Pasukan kami kini sedang meneroka pelaksanaan lebih meluas terhadap VR yang boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana, di dalam atau di luar hospital.

“Bahkan sepanjang episod pembedahan, penilaian lebih lanjut akan dibuat terhadap kesan hasil klinikal,” jelasnya.

Kajian tersebut juga melihat potensi VR sebagai alat fleksibel dengan pilihan berasaskan tablet, memberikan alternatif yang boleh diterima kepada pesakit.

Uji kaji itu melibatkan 100 peserta yang dijadualkan  menjalani pembedahan jantung terbuka.

Separuh daripada peserta ditugaskan untuk menggunakan tablet VR dan separuh lagi memakai cermin mata VR imersif semasa mereka menunggu di kawasan menunggu sebelum pembedahan.

Selain itu, para penyelidik mencatatkan bahawa skor tersebut meningkat dengan ketara dalam sehingga tujuh soalan yang fokus pada kebimbangan dengan tablet dan cermin mata VR.

Beberapa respons tersebut khususnya menunjukkan perubahan pandangan yang lebih positif berbanding perasaan negatif mereka sebelum ini.

Jadi, penemuaan itu menjadikan penyelidik berasa optimis tentang kebolehan VR untuk mengurangkan tekanan pembedahan bagi pesakit. — TheStar/Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram