
NAMA cinta menjadi panggilan kepada sebuah rumah teres dua tingkat yang baharu saja selesai melalui pengubahsuaian.
Empunya kediaman yang juga bertugas di sebuah institusi kewangan, Tuty Emily, 44, berkongsi di media sosial mengenai proses dari awal hingga akhir.
Seterusnya mencipta tarikan dalam kalangan peminat hiasan dalaman untuk terus mengikuti perjalanan pengubahsuaian.
Dengan bantuan suami tercinta, Firdaus Murad, ibu kepada seorang anak perempuan ini sudah sekian lama menyimpan cita-cita untuk merealisasikan kediaman impian.
BACA LAGI : Pandangan ibu Zayn Rayyan seperti kosong, tiada perasaan ketika disoal di mahkamah
BACA LAGI : Saksi menangis cerita detik jumpa jasad Zayn Rayyan seperti tidur mengiring
Rumah berkeluasan 22 kaki X 75 kaki yang direka dengan ruang belakang rumah tertutup, bersama cahaya matahari yang menjadi penerang semula jadi.
Rumah berkeluasan 22 kaki X 75 kaki yang terletak di Sepang ini tampak luas ruangnya apabila Tuty menjadikan putih sebagai warna asas. Meskipun ruang belakang rumah tertutup, cahaya matahari menjadi penerang semula jadi.
Pepohon keladi pula mencipta pemandangan luar yang serba menangkan manakala tambahan set meja dan kerusi menjadikan bahagian berkenaan cukup,sempurna sebagai ruang santai buat keluarga kecil.
Apakah tema atau estetik pilihan setiap kali mula menghias rumah?
Tuty memperoleh banyak ilham dekorasi daripada banyak ilham dekorasi daripada Pinterest, malah saluran HGTV turut mencetuskan banyak idea baharu.
Misalnya, rancangan Property Brother, Fixer Upper dan Flip or Flop, ketiga-tiga program tersebut sedikit sebanyak memberi inspirasi.
"Melihatkan bagaimana mereka yakin memecah dinding, saya sendiri menjadi berani untuk teruskan sahaja hasrat mengubahsuai rumah walau idea yang diketengahkan bukan suatu yang kebiasaan.
"Walau saya tidak memiliki sebarang pengetahuan dalam seni reka bentuk dalaman, saya melakukan penyelidikan sendiri bagi mengecapi rupa gaya kediaman yang saya idamkan.
Barulah sekarang saya faham yang jiwa saya dekat pada estetik Perancis yang moden organik," katanya.
Barangan dalam rumah yang menghiasi kediaman Tuty dibeli menerusi platform atas talian sama ada jenama dalam mahuoun luar negara.
Di manakah anda biasanya mendapatkan barangan rumah?
Kebiasaanya, barang-barang dan perhiasan di dalam rumah hanya dibeli oleh Tuty di pelbagai platform atas talian, baik jenama dalam negara mahupun luar negara.
"Sekarang ini, saya perhatikan bisnes hiasan dalaman termasuk jualan objek rumah semakin meningkat. Ini suatu perkembangan yang amat membanggakan!" ujarnya.
Tuty menjadikan putih sebagai warna asas bagi menampak visual yang luas di dalam rumahnya.
Inspirasi projek pengubahsuaian rumah anda?
Gara-gara pendemik, keluarga tersebut juga tidak terlepas daripada rasa terkurung di rumah.
"Suami saya tampil dengan idea untuk menaik taraf kediaman dan menghiasinya semula mengikut tema pilihan.
"Lagi pun, kami memang berharap untuk mengubah bahagian belakang rumah agar cukup selesa untuk kami sekeluarga melepak namun masih mengekalkan privasi.
"Kami suami isteri memang gemarkan gaya rumah sebagaimana di Australia. Reka bentuk kediaman di sana sentiasa mengintegrasikan antara ruang luar dan dalam," kongsinya.
Selain cantik dari segi estetika, ia juga bagus untuk tujuan privasi dan pengudaraan.
Populariti ‘breeze block’ atau batu angin membuatkan mereka lebih teruja untuk menjadikannya sebahagian dari dinding pagar di bahagian belakang rumah.
Blok-blok batu berlubang yang ada pada dinding menambahkan lagi sentuhan nostalgia dan memberi lebih karakter pada keseluruhan ruang rumah.
Selain cantik dari segi estetika, ia juga bagus untuk tujuan privasi dan pengudaraan.
"Apabila menghias, jangan ikutkan sangat trend. Hanya kerana ia tampak menarik di rumah orang lain, tidak bermakna ia juga sesuai untuk kediaman kita. Dekorasi hiasan dalaman laksana refleksi kepada cita rasa yang menghuninya,” jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram