
DENGAN permintaan tinggi terhadap visual rumah yang digabungan bersama elemen alam semula jadi, maka tidak hairanlah jika ruang dalaman dan luaran seperti itu kian menjadi pilihan pemilik hari ini.
Ruang seperti ini menjadi ciri diminati kerana meningkatkan fungsi dan daya tarikan rumah dengan gabungan alam semula jadi yang praktikal, moden dan selesa.
Salah satu contoh adalah rumah yang baru diubah suai dikenali sebagai Ruma8Belas di Bangi, Selangor.
Ruma8Belas menjadi salah satu contoh bagi sebuah rumah yang baru diubah suai berkonsepkan minimalis di Bangi.
Dihasilkan daripada inspirasi gaya minimalis Skandinavia, rumah berkenaan ditakrifkan reka bentuknya bersih, ringkas dan didorong sifat estetik serta perabot yang berfungsi.
Pemilik rumah itu pertama kali memilh syarikat reka bentuk, Rekabrick tahun lalu bertujuan sebagai organisasi yang bertangungjawab mengubah suai rumah mereka.
Keluarga yang terdiri daripada enam orang ahli itu tinggal di rumah dua tingkat tersebut hampir tujuh tahun.
"Proses reka bentuk kami bukan sahaja tentang estetik, tetapi mengenai fungsi dan praktikaliti ruang, sejajar dengan gaya hidup pemilik rumah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rekabrick, Shadee Hizami.
"Apabila anda melihat rumah di media sosial atau Pinterest, sebagai contoh ruang dobi yang besar, anda mungkin berfikir dan mahu ia tercipta di rumah idaman anda.
“Tetapi kenyataannya, ia mungkin tidak sesuai dengan gaya hidup di sana. Jadi, adalah penting bagi kami pertama, mengetahui apakah matlamat pemilik rumah dengan transformasi diinginkan.
"Dan untuk mengetahuinya, kami sering bertanya apa perkara yang mereka ingin naik tarafkan dalam rumah sedia ada. Sebaik sahaja mengenal pasti masalah, kami dapat mencipta penyelesaian.
Rekabrick memanfaatkan beranda luar untuk mencipta ruang lounge terbuka yang bergaya.
"Sebagai contoh, rumah ini adalah jenis pertengahan. Pemilik asalnya mahu membeli rumah tertutup untuk mempunyai ruang berehat di luar dan mengemas kini agar lebih sesuai dengan keluarga mereka yang semakin berkembang," kongsinya.
Secara tradisi, ruang tamu terhad kepada ruang dalaman manakala beranda dan taman pula berfungsi mengikut tujuan asal yang dimahukan.
Rumah8Belas membuang sempadan itu dan mewujudkan hubungan yang lancar antara kedua-dua ruang bagi meningkatkan rutin kehidupan seharian.
Pasukan di Rekabrick memanfaatkan beranda untuk menjadikannya sebahagian daripada urutan kemasukan ke rumah, mencipta ruang lounge terbuka yang bergaya.
Hasilnya adalah pemisah berlapis antara ruang awam dan peribadi yang menjadi satu elemen peralihan.
Pada masa sama, kawasan tertutup itu juga bertindak sebagai cara untuk rumah itu dibuka tanpa mendedahkan pandangan ke arah jalan raya.
"Di sini, anda dapat merasai elemen dalaman dan luaran yang bukan sahaja praktikal dan boleh diakses, tetapi ia juga mengalir dengan indah pemandangan ke ruang tamu, menjadikan seluruh ruang terasa ringan, lapang dan luas," kata Shadee.
Palet warna neutral mencipta suasana selesa di ruang tamu konsep kontemporari.
Maksimumkan ruang sedia ada
Palet warna neutralmencipta suasana kondusif di ruang tamu konsep kontemporari.
Sebuah sudut besar dengan kusyen lembut dan lapisan bantal bertekstur menetapkan gaya moden bilik berkenaan.
Nuansa warna lembut pula mencipta ketenangan manakala bangku platform memberikan lebih banyak tempat duduk.
Apabila bercakap tentang mengoptimumkan renovasi rumah, Shadee berkata, adalah terbaik memaksimumkan ruang sedia ada melalui perancangan teliti dan pengagihan tempat penyimpanan yang betul.
“Pendapat umum, apabila bercakap tentang menjadikan rumah lebih baik untuk kehidupan keluarga, meruntuhkan dinding untuk menjadikan bilik serba guna adalah tindakan yang baik," tambahnya.
Shadee berkata pemilik rumah yang gemar memasak sambil menjamu tetamu boleh menjadikan dapur dan ruang makan sebagai keutamaan.
Aliran yang lebih baik antara kedua-dua ruang tersebut diperlukan supaya boleh menyediakan makanan dan kekal berhubungan antara satu sama lain.
"Anda boleh katakan bahawa kami sangat fokus kepada cara untuk memperbaiki gaya hidup pelanggan kerana bagi kami, ia bukan sekadar mencipta ruang untuk pemilik rumah, namun memanfaatkan setiap ruang," kata Shadee.
Ruang tempat duduk di samping jakuzi menjadikan sebagai tempat persinggahan peribadi yang sempurna.
Mendorong ketenangan
Apabila naik ke tingkat atas ruang tamu kedua, anda akan tiba di kawasan keluarga yang direka untuk pelbagai aktiviti.
Sebuah bangku terbina dengan ruang penyimpanan yang banyak menjadikan kawasan tersebut berfungsi dan bergaya.
Bilik tidur anak tunggal menggunakan ton lembut dan elemen kayu.
Anak perempuan tunggal dalam keluarga itu kini mempunyai bilik tidur menerapkan rona lembut dan elemen kayu.
Ia juga mempunyai dinding unik bercirikan lampu LED bagi menambah cahaya ajaib menjadikan bilik itu lebih istimewa.
Ciri utama di tingkat atas adalah bilik tidur utama. Dengan privasi yang sangat diutamakan, perkara pertama dilihat apabila masuk ke kamar adalah panel menegak yang memisahkan beberapa ruang.
Sudut santai adalah tempat yang sempurna untuk pemilik rumah berehat selepas bekerja, manakala platform yang dinaikkan membezakan kawasan tidur.
Berhadapan katil, disusun ruang tempat duduk dengan jakuzi menjadikan sebagai tempat persinggahan peribadi sempurna untuk keluarga menikmati detik-detik indah.
Dengan keseluruhan suasana yang sejuk dan santai, Ruma8Belas menyuntik suasana kondusif seolah-olah keluarga sedang bercuti. — The Star/RINA AHMAD SAIPUDDIN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram