Wanita di sebalik Channel Kak Nad, jadikan set produksi gelanggang mengasah kemahiran sebagai pengarah


  • Relaks
  • Jumaat, 28 Feb 2025

Gelaran yang dipikul sebagai pembantu pengarah bukanlah mudah dan tidak semua orang dapat menerimanya.

KEMAJUAN platform media sosial telah memudahkan orang ramai mengasah skil serta kemahiran dalam seni penghasilan video, pembikinan filem atau drama.

Sama ada melalui Facebook, Instagram, YouTube mahupun TikTok, setiap platform menjadi medium buat anak muda khususnya, mengenengah karya mereka. 

Nurul Nadia Kassim, 31, yang menggalas jawatan Pembantu Pengarah, antara pengkarya yang aktif melahirkan pelbagai naskah.

BACA LAGI: Misi sekat BG Pathum United makin sukar, lepas Ivan Mamut, TFC hilang khidmat Alif Zakaria

BACA LAGI: [VIDEO] Dikhabarkan sertai JDT, Jonathan Viera pernah berhenti main bola sepak demi isteri tercinta

Membina kerjaya dan nama di dalam gelanggang media sosial, sebagai wanita, tidak semua orang dapat menerima gelaran yang dipikulnya.

“Sewaktu saya baru mula-mula aktif, ramai yang sangsi mungkin kerana usia saya yang masih hijau ketika itu. Kata-kata sumbang seperti, 'orang muda, mereka tahu apa?' pernah hinggap ke telinga saya.

Pada awalnya, agak sukar untuk Nurul berdepan dengan persepsi orang negatif itu, akan tetapi dia percaya tiada perkara yang mustahil jika berusaha dan tawakal.

“Ketika itu saya tepis sahaja apa orang kata kerana memikirkan hala tuju syarikat yang sedang dibina. Kalau nak dengar cakap orang, mereka pun bukannya pernah buat apa yang saya buat,” kata Nurul yang juga merupakan isteri kepada seorang pengarah filem.

IMG_5714

Tidak menjadi satu kejanggalan kepada Nurul untuk sama turun padang, menjalankan tugas sebagai pembantu pengarah termasuk mengendalikan skrip drama dan filem.

Walaupun Nurul dan suami dalam bidang sama, apabila bekerja, mereka berdua sangat profesional dan sangat komited dalam menyelesaikan tugasan yang diamanahkan oleh pihak klien. 

 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kak Nad (@kaknadchannel)

 

Nurul turut bercerita bagaimana beliau menempuh beberapa fasa sebelum melayakkannya menjadi pembantu pengarah.

Bermula daripada bawah, Nurul dilatih dengan perkara asas produksi seperti pencahayaan, kamera dan lain-lain.

“Setiap ilmu yang dikumpul, selangkah demi selangkah saya meningkatkan taraf kemahiran yang ada,” ujarnya yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dan Multimedia dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

WhatsApp Image 2025-02-04 at 10.43.09 PM

Antara isi kandungan di platform Channel Kak Nad.

Melihat perkembangan pelbagai saluran digital yang pantas meningkat naik, Nurul senditi turut mewujudkan platformnya sendiri yang dipanggil Channel Kak Nad.

Penonton sasaran adalah dalam kalangan mereka yang minat masakan dan mengetengahkan kandungan yang berkaitan dengan wanita.

“Ini adalah ruang saya sendiri. Konsep, olahan dan cara suntingan video secara keseluruhannya memang hasil idea saya. Harapan saya semoga saluran ini akan memberi tambah nilai kepada syarikat untuk terus berkembang dan berjaya,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram