Tiga dekad lawan kanser, pelakon Train to Busan, Squid Game meninggal dunia pada usia 81 tahun


  • Hiburan
  • Isnin, 03 Feb 2025

Lee Joo Sil dilaporkan meninggal dunia akibat kanser payudara.

INDUSTRI hiburan Korea Selatan kehilangan seorang permata seni apabila pelakon veteran, Lee Joo Sil dilaporkan meninggal dunia akibat kanser pada usia 81 tahun.

Pemergian pada Ahad lalu menyaksikan mendiang sebelum itu dirawat di wad kecemasan Hospital Uijeongbu St. Mary, The Catholic University, Korea Selatan, sebelum menghembus nafas terakhir di samping anak perempuannya.

Berita sedih itu disahkan agensi perfilemannya, '1230 Culture' yang menjelaskan mendiang yang juga terkenal dalam siri Squid Game telah menjalani rawatan kanser sejak tiga bulan lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Kos produksi lebih RM300 juta, kualiti Squid Game 2 dipertikai gara-gara jurukamera 'berlakon' sama

BACA LAGI: Bukan saja Son Goku, ramai tak tahu nama-nama watak anime Dragon Ball berasal daripada sayur-sayuran dan pakaian dalam

Jenazah Joo Sil telah dipindahkan ke Hospital Severance di Sinchon, Seoul dan majlis pengebumiannya dijadual berlangsung pada 5 Februari depan di dewan Hospital Severance.

Dalam pada itu, pelakon veteran tersebut terlebih dahulu didiagnosis menghidap kanser payudara tahap tiga pada usia 50 tahun dan berjuang melawan penyakit itu selama lebih 10 tahun.

Namun, hasil pemeriksaan kesihatan dijalankan baru-baru ini mengesahkan penyakit itu kembali menyerang dan semakin kronik.

Pelakon itu meninggal dunia sebulan selepas penampilannya dalam Squid Game musim kedua yang ditayangkan baru-baru ini dan ia nyata meninggalkan kesan besar pada peminatnya.

Sepanjang lebih enam dekat berkecimpung dalam dunia seni, Joo Sil banyak terlibat dalam pembikinan filem popular seperti Train to Busan, Squid Game, Notebook from My Mother dan pelbagai lagi drama siri Korea. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram