SIRI ikonik Korea Selatan, Squid Game 2 mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat filem yang rata-ratanya cukup meminati karya bergenre survival seram bercampur komedi itu.
Kos pembikinannya yang menelan lebih AS$80 juta (RM360 juta), menyaksikan betapa setiap babak dan aksi dalam drama itu disusun rapi oleh pengarahnya, Hwang Dong-hyuk.
Namun, di sebalik kehangatan drama tersebut, timbul pertikaian dan kritikan terhadap kualiti siri kedua itu yang dikatakan tidak setanding kos penggambarannya.
BACA LAGI: Bintang K-Pop Rain bakal gegar Genting Highlands pada Februari, harga tiket konsert bermula RM398
BACA LAGI: Populariti The Rock di Hollywood bagaikan 'rezeki terpijak', tewaskan 2 lagi penggusti hebat WWE
Ia susulan kecuaian salah seorang jurukameranya yang dilihat berada dalam salah satu babak tembak menembak drama berkenaan.
Tidak diketahui sama ada ia disengajakan ataupun tidak, namun rata-rata warga maya beranggapan ia sebagai kelemahan perlu dibaiki pihak produksi terbabit untuk siri akan datang.
Meraih perkongsian ramai di laman X, warga maya menganggap perkara itu mencemarkan reputasi drama berkenaan.
"Bagaimana produksi sebesar ini tak perasan kesilapan macam ni, satu dunia tengok memang memalukan," kata Suarez.
"Jatuh reputasi Squid Game disebabkan jurukamera terselit dalam babak ni, ini babak yang sangat penting dalam siri kedua," ujar Faye_.
"Mustahil pihak produksi besar macam ni tak perasan ketika proses suntingan, mungkin disengajakan," tambah LeeMoe.
Terdahulu, Squid Game 2 mencatat kejayaan luar biasa apabila tersenarai dalam Top 10 drama global di Netflix.
Ia sekali gus memecahkan rekod dengan tontonan sebanyak 68 juta dalam tempoh seminggu tayangan awalnya di Netflix. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram