
SATU tragedi nahas membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Alza merempuh tiga penunggang motosikal di Bukit Ampang, Kuala Lumpur pada Ahad.
Kejadian dipercayai berpunca selepas kenderaan tersebut terbabas ke laluan bertentangan yang melihatkan tiga penunggang tercampak di laluan berkenaan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang penunggang lelaki difahamkan meninggal dunia manakala dua lagi cedera parah dan kini menerima rawatan di hospital.
BACA LAGI: Sekolah agama kelolaan JAIS mulakan pendidikan STEM berasaskan al-Quran
BACA LAGI: [VIDEO] MPV mewah jadi sarang 'sang belit', ramai tertanya cara nak tahu ular 'tumpang' kenderaan
Seorang warganet, Norman Haikal berkongsi maklumat berkaitan kejadian yang menurutnya telah mengorbankan sahabat baiknya.
"Sahabat baik yang kena, kemalangan melibatkan tiga motosikal dan dua kereta, dari cerita saksi, Alza dari Ampang masuk laluan bertentangan sampai langgar motosikal dari arah Hulu Langat.
"Arwah kena head-on dengan Alza tersebut sampai menyebabkan arwah terpelanting ke tepi jalan," ujarnya.
Beberapa individu tercedera turut kelihatan terkulai di tengah jalan dengan pihak bomba difahamkan sedang giat menjalan operasi menyelamat mangsa.
Beberapa dakwaan mengatakan punca sebenar kejadian adalah berpunca akibat tumpahan minyak yang mengakibatkan kereta tersebut hilang kawalan.
Namun, belum ada sebarang pengesahan maklumat dan kenyataan polis berhubung kemalangan tersebut setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram