Cipta aplikasi Gemilang MBSJ, sasar Subang Jaya destinasi pelancongan utama Selangor


  • Massa
  • Ahad, 02 Feb 2025

Amirul Azizan (dua dari kiri) pada majlis pelancara aplikasi Gemilang MBSJ di Subang Jaya baru-baru ini. — The Star

MAJLIS Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mensasarkan Subang Jaya sebagai destinasi pelancongan utama di Selangor.

Usaha itu dibangunkan dengan pelancaran aplikasi mudah alih khas iaitu Gemilang MBSJ yang kini difahamkan memasuki fasa kedua.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim menerusi satu kenyataan berkata, aplikasi itu menyediakan maklumat terperinci mengenai lebih 900 destinasi pelancongan di bandar tersebut.

BACA LAGI: Sekolah agama kelolaan JAIS mulakan pendidikan STEM berasaskan al-Quran

BACA LAGI: [VIDEO] MPV mewah jadi sarang 'sang belit', ramai tertanya cara nak tahu ular 'tumpang' kenderaan

“Ia merangkumi 317 lokasi gastronomi, 48 penginapan, 63 kemudahan awam, 42 institusi pendidikan, 10 pusat perubatan, sembilan destinasi eko-pelancongan, tiga tapak warisan, 40 pusat membeli-belah, dua taman tema, 18 kawasan rekreasi, 25 pilihan pengangkutan, 98 tempat ibadat dan lima pusat perkhidmatan kecemasan.

“Aplikasi itu juga akan memaparkan maklumat terkini mengenai kemas kini penting, promosi serta acara akan datang di Subang Jaya,” katanya.

Dalam pada itu, aplikasi Gemilang MBSJ turut menawarkan ciri yang berupaya membantu pengguna menuju ke destinasi dengan fungsi Google Map dan Waze.

Untuk tempahan pengangkutan, pengguna boleh menyambung ke platform e-hailing dan membuat pembayaran terus menggunakan platform tersebut.

Jurucakap MBSJ berkata, fasa kedua aplikasi itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Dalam Fasa II, ciri membeli-belah akan diaktifkan sepenuhnya, membolehkan pelancong memanfaatkan pengalaman membeli-belah yang lancar.

“Walaupun fungsi asas membeli-belah sudah tersedia, fasa kedua akan merangkumi ciri seperti melihat produk tempatan dengan maklumat dan imej terperinci termasuk barangan rasmi MBSJ.

“Pengguna akan dapat berhubung terus dengan peniaga untuk tempahan atau pembelian dan memperkemas proses pembelian.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan dan sektor pelancongan di samping memudahkan pelancong mendapatkan cenderahati dan produk tempatan, sekali gus menjadikan Subang Jaya sebagai destinasi pelancongan yang menarik," katanya. — The Star/MEGAT SYAHAR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram