[VIDEO] ‘Pilih apa yang buat kita bahagia’, Andika Putera pesan influencer muda belajar tauhid, elak jadi ‘gila’ tertekan dikecam


  • Hiburan
  • Ahad, 02 Feb 2025

Andika Putera merupakan pengasas komuniti Old Money yang semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.

LALI dengan kecaman warga maya, pempengaruh Andika Putera, 28, atau nama penuhnya Muhamad Andika Putera Salleh tegas dengan prinsip hidupnya untuk terus melakukan yang terbaik.

Jelas usahawan dan pengasas komuniti Old Money itu, segala keputusan dibuat dalam hidupnya hanya bertujuan untuk kebahagiaan diri sendiri tanpa memikirkan buah mulut masyarakat yang boleh menjejaskan pendiriannya.

Sedar dirinya kerap kali menjadi mangsa kecaman di laman sosial, segelintir pihak kurang gemar melihat perkongsian video kesihatannya yang dikatakan palsu semata-mata demi perhatian ramai.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Pilih apa yang buat kita bahagia’, Andika Putera pesan influencer muda belajar tauhid, elak jadi ‘gila’ tertekan dikecam

BACA LAGI: Digelar 'Sammo Hung Malaysia', Yank Kassim pasrah ditawar watak komedi berbanding 'budak-budak' High Council

"Dalam dunia ni sado pun kena kecam, kurus pun kena kecam semua benda kena, mereka yang kecam saya duduk sebelah saya tengok saya jenis macam mana.

"Pergi honeymoon pun bawa skipping, buat skipping tepi pantai, ini semua disiplin dan saya tak boleh kawal mulut orang.

"Pesanan saya, pilih apa yang buat kita bahagia, mulut orang tak akan pernah senyap, biarlah kaya tapi kena kecam, solat pun kena kecam, pilih apa yang ALLAH suka insya-ALLAH kita akan bahagia," katanya.

Dalam pada itu, Andika turut berpesan kepada pempengaruh muda di luar sana untuk mempelajari ilmu tauhid untuk terus berjaya.

Katanya, ilmu tauhid bukan sekadar membentuk jati diri malah boleh mengelakkan diri daripada terjerumus ke perkara tidak munasabah dan menjadi tidak siuman.

"Influencer muda tolong ilmu kat luar sana sangat luas, ilmu tauhid sangat penting jadi belajar betul-betul kalau tak ada boleh jadi gila.

"Saya berguru dengan seorang ustaz di Kedah, di situ saya mengenali tentang kejayaan sebenar dan ketenangan sebenar.

"Sangat setuju media sosial sekarang boleh buat orang sakit mental, orang sekeliling saya pun ya, kita sebagai ketua selalu pesan jaga ilmu tauhid itu yang buat kita seorang leader yang bagus," ujarnya.

Terdahulu, bapa kepada seorang cahaya perempuan itu kembali bergelar suami dalam satu upacara akad nikah diadakan secara tertutup pada awal Januari lalu.

Tidak mendedahkan wajah isterinya pada khalayak, namun kedua-dua pasangan sejoli itu dilihat cukup romantis mengenakan busana serba putih pada hari bahagia mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram