Hampir muflis, filem hero 'kelas kedua' Iron Man bantu Marvel langsai hutang RM3.2 bilion, cipta empayar besar Hollywood


  • Hiburan
  • Isnin, 13 Jan 2025

Filem Iron Man (2009) muncul penyelamat syarikat Marvel yang nyaris diisytihar muflis.

EMPAYAR syarikat produksi Marvel Studios semakin utuh di persada antarabangsa menerusi rangkaian filem adiwira yang bagaikan fenomena seantero dunia.

Berkonsepkan adiwira fiksyen yang diadaptasi daripada komik, membuatkan Marvel sentiasa meraih kutipan tinggi setiap kali filemnya ditayangkan di pawagam.

Di sebalik kejayaan ditempa syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu, Marvel satu ketika dahulu pernah berdepan krisis yang nyaris mengakibatkan empayar dibina runtuh dan muflis.

BACA LAGI: Lahad Datu 'takluk' Amerika, ungguli carta top 5 filem pilihan media antarabangsa

BACA LAGI: 'Intro' singa ikonik filem terbitan syarikat Hollywood rupanya pernah ditukar 5 kali, tercetus dari idea skuad olahraga universiti

1648562834044

Marvel berdepan tunggakan hutang dan di ambang kejatuhan pada 1996.

Menurut Agensi, Marvel pada 1996 melalui pelbagai detik sejarah hitam seperti tunggakan hutang lebih AS$700 juta (RM3.2 bilion), saham syarikat jatuh menjunam sehingga 99.9 peratus dan jualan komik merosot sebanyak 70 peratus ekoran peredaran zaman yang menyaksikan bahan bacaan tidak lagi relevan seiring teknologi semasa.

Situasi lebih buruk apabila syarikat berkenaan terpaksa memecat sejumlah satu per tiga daripada pekerjanya dan dilabel sebagai muflis oleh industri AS ketika itu.

Bagi meneruskan sisa perjuangannya dalam industri, Marvel kemudiannya menjual hak cipta beberapa buah filem dan watak adiwiranya seperti Spiderman kepada Sony, X-Men (Fox) dan Fantastic Four (Constantin Film) untuk melangsaikan hutang sedia ada.

Rela kehilangan 'aset' pentingnya, Marvel kemudiannya mempertaruhkan watak kelas kedua seperti Iron Man, Thor, Captain America, dan Black Widow yang ketika itu tiada nilai komersial serta dipandang rendah oleh masyarakat.

x men

Marvel menjual sebahagian watak adiwiranya kepada syarikat Sony Pictures dan Fox.

Tidak mensia-siakan peluang dimiliki, Marvel pada 2008 memulakan revolusi baharu apabila melaburkan wang sebanyak AS$525 juta (RM2.4 bilion) bagi membiayai filem pertama terbitannya sendiri iaitu Iron Man.

Mengambil risiko dengan mempertaruhkan Robert Downey Jr sebagai tunjang utama, filem itu pada mulanya dikecam ramai susulan kontroversi peribadi pelakon itu dan kurang mendapat dorongan daripada industri.

Pun begitu, tindakan 'berani mati' Marvel itu membuahkan hasil apabila mencatat kutipan AS$585 juta (RM2.6 bilion) di seluruh dunia, sekali gus membawa lembaran baharu buat syarikat berkenaan.

@twiner004 Live wallpape#tonystark #ironman #viral #marvel #edit #aftereffects #robertdowneyjr #rdj ♬ 原声 - CheekyCharm

Susulan kejayaan itu, Marvel memperkenalkan konsep rangkaian 'cinematic universe' yang melihatkan kesemua filem dihasilkan saling berkait rapat dan mempunyai kesinambungan menarik di akhirnya.

Mula diterima ramai, Marvel pada 2009 menerima durian runtuh apabila Disney membeli saham syarikatnya sebanyak AS$4 bilion (RM18 bilion) dan kini menjadi platform tayangan siri popularnya seperti memperkenalkan siri seperti WandaVision dan Loki.

Pencapaian terbesar Marvel muncul menerusi Avengers: Endgame (2019) yang mencatat keuntungan lebih AS$2.798 bilion (RM12.6 bilion), menjadikannya filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam dunia, menewaskan Avatar (2009).Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram