PEMINAT kartun dan komik manga pasti tidak asing dengan anime popular Jepun, Dragon Ball yang cukup diminati bukan sahaja di negara terbabit, malah seantero dunia.
Merupakan karya mendiang Akira Toriyama paling laris dan sangat berpengaruh sepanjang zaman, siri yang mula bersiaran pada 1984 itu kemudiannya diadaptasi ke pelbagai bentuk seperti filem dan permainan video.
Berkisahkan watak utamanya, Son Goku yang memiliki kuasa luar biasa, imej rambut kuning dan penampilannya sentiasa menjadi ikutan ramai generasi muda hingga ke dewasa.
Dalam pada itu, beberapa watak utama siri anime tersebut dikatakan terdiri daripada nama sayur-sayuran serta makanan popular serata dunia.
Kebetulan ataupun dirancang? Berikut merupakan antara wataknya yang dikatakan serupa dengan sayur-sayuran dan sajian popular.
Antara watak anime Dragon Ball yang mempunyai maksud sayuran dan hidangan popular.
1. Son Goku
Perkataan Goku berasal daripada bahasa Jepun yang membawa makna labu ataupun tembikai yang merujuk kepada minuman kegemaran Goku iaitu jus tembikai.
2. Vegeta
Merupakan watak sampingan di belakang Son Goku, Vegeta berasal dari nama sayur-sayuran yang diadaptasi ke dalam bentuk Bahasa Inggeris.
Malah, nama asalnya dalam bahasa Jepun, Kakarot juga bermaksud sayuran sebelum diberi gelaran Vegeta yang difahamkan lebih menggerunkan sebagai watak jahat dalam siri berkenaan.
3. Raditz
Merupakan singkatan kata untuk lobak dan kubis, kedua-dua sayuran itu merupakan antara bahan utama dalam hidangan popular di Korea iaitu Kimchi.
4. Krillin
Krillin merupakan singkatan daripada perkataan berbahasa Jepun, kuri yang bermaksud berangan. Ia sekali gus membawa fakta bahawa nama itu diinspirasikan daripada buah berangan yang popular dalam kalangan masyarakat Jepun.
5. Yamcha
Yamcha ataupun Yum Cha, berasal daripada minuman teh China ataupun makanan tradisi negara tembok besar itu iaitu dim sum.
Pun begitu, Yamcha merupakan antara watak penjahat yang banyak mengakibatkan kematian dalam siri popular tersebut, sekali gus menjadikannya antara yang dibenci ramai.
Terdahulu, penciptanya, Akira Toriyama dilaporkan meninggal dunia pada 1 Mac tahun lalu akibat menderita penyakit hematoma subdural akut.
Pada masa sama, nama watak lain seperti Trunks, Bulma dan Bula juga diletuskan dari pakaian dalam.
Dilahirkan di wilayah Aichi, Jepun pada 1955, Toriyama merupakan graduan seni reka bentuk di sebuah sekolah menengah industri di negara berkenaan.
Berkhidmat selama lebih tiga tahun di sebuah agensi pengiklanan dekat bandar Nagoya, Jepun, Toriyama kemudiannya menjadi artis manga profesional pada awal usia 20an. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram