Fahmi Fadzil siasat dakwaan RTM lewat bayar gaji staf 2 bulan


  • Hiburan
  • Khamis, 21 Nov 2024

RTM didakwa culas dalam membuat bayaran gaji terhadap pekerjanya.

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil bakal mengadakan pertemuan dengan seorang individu dipercayai editor di Radio Televisyen Malaysia (RTM) ekoran kemelut dalaman dihadapi syarikat penyiaran tempatan tersebut.

Ia susulan dakwaan salah seorang staf yang mendedahkan tidak menerima gaji lebih dua bulan daripada pihak atasan syarikat berkenaan.

BACA LAGI: Bukan setakat pereka fesyen, pensyarah pertahan kredibiliti Rizalman Ibrahim dilantik Profesor Adjung Universiti Malaya

BACA LAGI: Komuniti hackers dedah lagu AI Qween Fatima hina agama, Mufti Kelantan desak Fahmi Fadzil ambil tindakan segera

"Pihak RTM dan Ketua Pengarahnya, Datuk Suhaimi Sulaiman telah teliti isu ini. Saya akan bertemu pengadu," ciapnya di laman X pada Khamis.

Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan seorang editor dikenali sebagai Noor Ainun Jariah yang menjelaskan pihak atasan RTM kerap kali memberikan alasan seperti pentadbir akaun sakit, sedang bercuti dan pelbagai lagi sebab yang menurutnya sekadar direka-reka untuk tidak membayar gaji pekerja.

"Jangan risau awak akan dibayar nanti, bukannya kami tak bayar langsung, mohon bersabar. Itu semua kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab, bagaimana pekerja nak hidup kalau gaji tidak dibayar.

"Sistem kerja digunakan juga sangat tidak efisien dan ketinggalan zaman, contohnya, mesin rekod kehadiran kerap kali rosak, memaksa pekerja mengisi borang hanya untuk mengesahkan masa masuk kerja kami.

"Saya mahukan penjelasan dan perancangan pihak kementerian komunikasi berkaitan isu ini, kenapa pekerja kontrak sedikit demi sedikit dilayan sebegini rupa, adakah kami tidak penting," katanya di LinkedIn.

Menganggap ia sebagai isu besar perlu diberikan penyelesaian, Ainun menjelaskan dia tidak akan berhenti menyuarakan isu itu secara meluas sehingga mendapat maklum balas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram