HAJAT untuk bertemu anak buat kali terakhir tidak kesampaian apabila isteri pelakon veteran Harun Hashim, Sakinah Ganjali, 48, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, Selangor pukul 10.20 pagi Khamis.
Perkara itu disahkan oleh bekas wartawan yang juga merupakan rakan karib kepada pelakon itu, Dwan Inzaghi menerusi hantaran di Facebook.
Menurutnya, Harun Hashim sebelum ini berusaha untuk menemukan semula ketiga-tiga anaknya yang terpisah dari ibunya sejak sekian lama akibat halangan tertentu.
BACA LAGI: Terima jemputan VIP, Joe Flizzow dedah ‘kabel’ heret Speed jumpa TMJ
BACA LAGI: [VIDEO] 'Influencer' terkenal, Speed nyaris kemalangan ketika lawat KL
Allahyarhamah dikatakan mahu berjumpa anaknya buat kali terakhir dan difahamkan kesemua mereka berada di sekitar Selayang dan Batu Caves, Selangor.
Terdahulu, Allahyarhamah difahamkan menghidap kanser payudara tahap empat dan terpaksa ditidurkan sejak seminggu lalu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Setia di Jeram, Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram