PENYANYI popular Ernie Zakri, 32, tidak menyangka kehadirannya untuk membuat persembahan di Indonesia membawa tuah apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Soundtrack Sinetron Paling Ngetop (OST) di Anugerah SCTV 2024 pada Rabu.
Ernie atau nama lengkapnya, Nur Ernie Shahirah Zakri nyata terkejut dengan kemenangan itu selepas kali pertama membuat kemunculan di program besar dekat negara berkenaan.
BACA LAGI: 'Tak salah belajar dengan orang muda', Rahmad Mega kagum bakat BBNU, minat gila Haqiem Rusli
BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor
"Ini pertama kali saya muncul di rancangan besar di Indonesia, masya-ALLAH di atas rezeki ini. Kepada di Malaysia yang sedang lihat, subhanallah.
Terima kasih SCTV Awards, Universal Music Malaysia dan Universal Music Indonesia," katanya ketika merangkul anugerah tersebut.
Dalam pada itu, Ernie menerusi hantaran di Instagram pada Khamis meluahkan ucapan terima kasih buat komposer lagu tersebut, Ade Nurulianto dan semua peminat yang sentiasa menyokong kariernya.
"Datang sini untuk menyanyi je, tak sangka dapat bawa pulang kenangan terindah. Terima kasih mas Ade untuk karya hebat ini.
"Terima kasih pencipta lagu Masing-Masing kerana anda, lagu ini sampai ke sini. Sayang semua.
"Terima kasih juga ernienators (kelab peminat) untuk rasa cinta dan sokongan yang diberikan," katanya.
Terdahulu, Ernie mengumumkan bakal mengadakan dua konsert solo pertamanya di Kuala Lumpur dan Singapura tahun depan.
Mendapat sambutan ramai, tiket konsert solo, Aura: Ernie Zakri Live in Concert yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 25 Januari depan itu habis terjual dalam masa tujuh jam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram