Mahu terus 'kunci mulut', Diana Danielle enggan ulas punca perceraian hingga kes selesai


  • Hiburan
  • Isnin, 04 Nov 2024

Diana Danielle nekad untuk terus menuntut cerai terhadap suaminya, Farid Kamil.

PELAKON popular, Diana Danielle memilih jalan untuk terus berdiam diri berhubung punca keretakan rumah tangganya.

Tidak memberikan sebarang komen ketika tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin, pelakon filem Imaginur itu tampil memberikan penjelasan berhubung hal berkenaan.

BACA LAGI: Diana Danielle bagi notis keluar rumah, 'ketawa besar' dengar janji Farid Kamil

BACA LAGI: Rumah milik Diana Danielle, tidak lagi sebumbung sejak sebulan lalu — Peguam

"Saya memberikan respons ringkas kepada pertanyaan media dan saya percaya ia sudah memadai.

"Saya tak lihat ada sebarang faedah untuk mengulas lanjut tentang perceraian ini kerana saya percaya tujuan saya sudah tercapai hari ini.

"Pendekatan ini akan diteruskan dan saya tak berminat untuk ulas lanjut di mahkamah berkaitan hal ini.

"Satu perkara yang akan berterusan adalah saya mahu menuntut perceraian, saya akan kekalkan pendirian ini sehingga segalanya selesai," katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin.

6143013340771892685

Hantaran InstaStory Diana Danielle pada Isnin.

Terdahulu, Diana hadir ke mahkamah bagi mendaftar permohonan rujuk dan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil.

Peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara alasan Diana memfailkan permohonan cerai sekali lagi terhadap Farid.

"Kita sudah bincang perkara ini sebulan yang lepas sebelum Diana meminta saya bersiap sedia untuk memfailkan permohonan cerai.

"Permohonan cerai yang dibuat oleh Diana untuk kali kedua ini atas alasan Diana tidak boleh lagi hidup bersama dengan Farid, tiada persefahaman dan shiqaq berpanjangan atau pergaduhan yang tidak boleh dibaiki,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 November ini bagi sebutan pertama permohonan rujuk dan cerai selain turut meminta kedua-dua belah pihak hadir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram