Naik turun mahkamah, 'drama' konflik rumah tangga artis tak pernah buat peminat jemu


  • Hiburan
  • Selasa, 16 Mei 2023

Artis yang berhadapan dengan konflik rumah tangga.

LUMRAH apabila bergelar selebriti, pasti setiap perkara yang dilakukan ingin diambil tahu oleh masyarakat.

Bukan sahaja melibatkan soal kerja, bahkan sisi peribadi juga menjadi perhatian dan sebolehnya segala yang di 'dalam kain' ingin diketahui.

Itu termasuk soal rumah tangga yang dilihat seperti babak drama telenovela.

Berikut pasangan selebriti popular tanah air yang mendapat 'sportlight' peminat hiburan tanah air.

Puteri Sarah-Syamsul Yusof

Syamsul Yusof and wife Puteri Sarah during the launch for film Abang Long Fadil 2 at Restoran Haslam. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. November 13, 2015.

Pembukaan tahun 2023 menyaksikan konflik rumah tangga pasangan pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof seperti tidak menemui titik noktah.

Setelah hampir sembilan tahun berumah tangga, Puteri Sarah akhirnya membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Januari.

Puteri Sarah juga memfailkan tuntutan nusyuz balas terhadap Syamsul pada 8 Mei di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Perkara itu dibuat selepas Syamsul Yusof memfailkan tuntutan nusyuz ke atasnya di mahkamah sama pada 21 Mac.

Rentetan daripada itu, sekitar 21 April, Puteri Sarah mengakui perkara paling disesali ialah berkahwin dengan pengarah tersohor berkenaan selain menyifatkan Syamsul sebagai 'lelaki narsistik'.

Hafidz Roshdi-Nurul Shuhada

ezgif-4-2d80cc9981

Sekitar awal Januari 2023 turut menyaksikan pergolakkan rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dengan isteri, Nurul Shuhada.

Difahamkan rumah tangga pasangan terbabit retak dipercayai atas kehadiran orang ketiga yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Athira Yuhada yang didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pelakon itu kemudian tampil membuat permohoanan maaf secara terbuka menerusi satu hantaran di Instagram.

Kemudian Hafidz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 13 Mac atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada pada 2 Mac.

Hafidz didakwa menumbuk sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah mangsa selepas berlaku pertengkaran antara mereka di susur keluar Tol Sungai Buaya, Serendah, Selangor.

Sebelum itu pada 27 Februari Nurul Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor.

Kedua-dua kemudian hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah pada 9 Mei bagi sebutan kes pengesahan lafaz cerai.

Bagaimanapun timbul pula dakwaan mengatakan Nurul Shuhada menggugurkan kandungan namun dinafikan oleh dirinya.

Lufya Omar-Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum

punca-dr-che-hafiz-lufya-bercerai

Pelakon Lufya Omar memfailkan permohonan cerai terhadap bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz sekitar 2019.

Pada 16 Oktober 2019, Lufya ketika itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila Dr Che Muhammad Hafiz tidak hadir ke sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Subang Bestari, Petaling Jaya, Selangor.

Ketika itu Lufya mengatakan sudah empat bulan lebih dia digantung tidak bertali dan sukar untuk menghubungi Dr Che Muhammad Hafiz mengajak berbincang.

Dr Che Muhammad Hafiz kemudian enggan menceraikan Lufya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya sehingga mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP).

Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz akhirnya bercerai talak satu pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Setelah itu, Lufya memfailkan tuntutan Mutaah sebanyak RM1 juta terhadap bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Mahkamah menetapkan 26 Julai depan sebagai sebutan semula kes tersebut.

Afiq Muiz-Pachara Apin

ezgif-4-337b1bcbd5

Pelakon Pachara Apin memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Afiq Muiz susulan digantung tidak bertali sejak Julai 2021.

Tuntutan itu dibuat selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada 2022 tidak mendapat kerjasama Afiq.

Pachara hadir ke perbicaraan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor pada 29 Mac 2023.

Pachara menafikan dakwaan mengatakan dirinya curang, sebaliknya mendakwa Afiq sudah membuat lafaz cerai sebanyak tiga kali sejak 2020.

Pada 6 April Afiq yang hadir ke mahkamah sama menyerahkan kepada mahkamah mengenai permohonan tuntutan cerai secara fasakh itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram