Foto cetus tanda tanya, Penang FC bersedia tapi kelibat penyerang utama tak nampak bayang


  • Podium
  • Selasa, 09 Mei 2023

Penang FC kini dikatakan mempunyai corak permainan baharu selepas kehilangan salah seorang penyerang. — Facebook/Penang FC Football Club

KURANG tempoh dua minggu sebelum bertemu dengan Sri Pahang FC, skuad Harimau Kumbang dilihat sibuk membuat persediaan untuk meneruskan perjuangan mereka dalam Liga Super musim ini.

Kesungguhan pemain dilihat berusaha untuk menjalani latihan berdasarkan perkongsian gambar, namun terdapat sesuatu yang mencuri perhatian.

Dalam banyak pemain yang ada, kelibat penyerang Sonny Saad tidak kelihatan menjalani latihan tersebut.

Perkara itu sepertinya mengiyakan khabar mengatakan Soony sudah mula mendapat tawaran daripada pasukan ternama Liga Malaysia (Liga M).

WhatsApp Image 2023-05-08 at 11.52.16 PM

Sonny Saad. — Facebook/Penang FC Football Club

Lantas penyokong segera membuat andaian mengatakan keputusan tersebut benar memandangkan dakwaan ketiadaan Sonny atas padang.

“Sonny tak nampak. Pakai deal dengan team lain apa,” kata Muhammad Azim Adha.

“Sonny Saad pun sudah tiada ke,” Muhd Syafiq Neh.

“Sekarang ini apa sudah jadi. Memang betul dah hilang kot,” kata Malek Kassim.

Melihat kepada itu, ramai yang mengharapkan Penang mempunyai strategi baharu untuk meneruskan persaingan dalam Liga Super nanti.

Penang FC yang kini berada pada kedudukan ketujuh dengan pungutan 14 mata di bawah Johor Darul Takzim (JDT), Selangor FC, Sri Pahang FC, Sabah FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur City FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram