KEADAAN penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Dia Kita Terpisah, Rohana Jalil yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilaporkan semakin pulih.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan artis, Jaafar Onn yang mengatakan tahap kesihatan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, lebih baik.
“Ya, Rohana semakin pulih. Jangan risau,” katanya kepada Majoriti.
Sebelum ini, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan memberitahu ibunya sudah boleh berkomunikasi seperti biasa dan lagi perlu memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jaafar mengesahkan keadaan rakannya, Rohana semakin pulih.
Biarpun sudah dilaporkan stabil, Rohana perlu membuat beberapa pemeriksaan kesihatan sebelum benar-benar pulih.
Rohana yang sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU) pada Selasa.
Penyanyi popular sekitar 1980-an dimasukkan ke pusat rawatan untuk merawat kebocoran pada usus perut akibat ulser usus dan gastrik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut meluangkan masa menemui Rohana sambil menziarahi Adzis Ismail, rakan beliau sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang sedang menjalani dialisis di hospital sama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram