Biar dipuja jutaan peminat, lagu Justin Bieber masih antara dibenci di YouTube


  • Hiburan
  • Sabtu, 06 Mei 2023

Beberapa lagu popular dunia termasuk nyanyian Bieber mendapat tanda tidak suka paling tinggi di YouTube.

PERKEMBANGAN teknologi menyebabkan medium media sosial sentiasa mendapat perhatian pengguna.

Bahkan segala maklumat juga mudah didapati dan disebarkan secara meluas dalam sekelip mata.

Bagaimanapun bukan semua kandungan yang ada di media sosial itu disukai oleh orang ramai.

Selain daripada platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, YouTube juga mempunyai penggemar tersendiri.

Pelbagai kandungan menarik ada di laman perkongsian itu. Begitu juga dengan lagu yang dinyanyikan oleh artis popular.

Biarpun sudah mempunyai peminat mereka masing-masing, namun lagu-lagu tersebut tetap dibenci setakat ini.

Meskipun jumlah tanda tak suka (dislikes) sesebuah kandungan video tidak lagi didedahkan kepada umum oleh YouTube sejak 2021, ia masih tidak mengekang reputasi buruk lagu berkenaan daripada tular di media sosial.

YouTube Rewind 2018

maxresdefault (1)

YouTube Rewind 2018 turut dikenali sebagai YouTube Rewind 2018: Everyone Controls Rewind merupakan rangkuman kepada muzik dan perkara yang digemari oleh pengguna media sosial pada tahun itu.

Antara perkara yang dimasukkan di dalam video tersebut ialah lagu Korea Selatan, aktiviti mencairkan gincu, mukbang, penyanyi Marchmello, cabaran media sosial dan kesedaran mental.

Artis seperti Will Smith dan beberapa selebriti media sosial lain turut terlibat dalam muzik video itu.

Lagu ini dikatakan mendapat lebih 20 juta tanda tidak suka dan beberapa sindiran sehingga menyebabkan mendapat kira-kira 6 juta tanda tidak suka.

Baby, Justin Bieber

maxresdefault (2)

Lagu Baby mula diperdengarkan pada tahun 2012 dan mendapat lebih 2 bilion tontonan. Namun, lagu nyanyian Justin Bieber itu antara yang paling dibenci di YouTube.

Meskipun lagu Baby ini popular di serata dunia, namun ternyata single debut Bieber itu antara yang dibenci pengguna media sosial.

Dianggarkan Baby mendapat kira-kira 14 juta tanda tidak suka.

It's Everyday Bro, Jake Paul

x1080

Jake Paul merupakan seorang ahli tinju aktif menghasilkan video melibatkan sukan lasak tersebut.

Pada masa sama dia turut menghasilkan lagu bertajuk It's Everyday Bro dan memuat naik video muzik di YouTube.

Can This Video Get 1 Million Dislikes, PewDiePie

_methode_sundaytimes_prod_web_bin_88daa4c4-893b-11ea-a376-3b3698706ab4

Peminat dunia alam maya tentu sahaja mengenali figura media sosial, PewDiePie.

Video tersebut dimuat oleh PewDiePie dan meminta agar pengguna media sosial menekan tanda tidak suka sebanyak 1 juta.

Video yang dimuat naik pada 2016 itu berjaya mendapat hampir 5 juta tanda tidak suka.

Berdasarkan rakaman, PewDiePie mengatakan video yang mendapat tanda tidak suka akan mendapat lebih perhatian.

Despacito, Luis Fonsi dan Daddy Yankee

maxresdefault

Biarpun berjaya mencetuskan fenomena di seluruh dunia, namun lagu Despacito mendapat lebih 6 juta tanda tidak suka.

Muzik video yang dimuat naik ke YouTube pada 2017 itu berjaya meraih lebih 50 juta tanda suka.

Bagaimanapun, masih terdapat sebilangan yang kurang senang dengan lagu tersebut sekali gus tidak menyukainya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram