Snek lewat antara 5 punca utama penyakit diabetes


  • Sihat
  • Khamis, 23 Feb 2023

Pemakanan tidak seimbang merupakan salah satu punca utama seseorang mudah menghidapi penyakit kencing manis. — Agensi

DIABETES atau lebih dikenali sebagai kencing manis adalah pembunuh senyap dalam kalangan masyarakat atau pesakit yang menghidapinya.

Seperti yang diketahui, Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis yang tertinggi di benua Asia dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan pada 2019, hampir 3.9 billion individu dewasa yang berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit itu.

Berikut merupakan punca seseorang boleh menghidap kencing manis yang tidak diambil serius.

1) Ambil gula dengan berlebihan

Punca utama penyakit kencing manis disebabkan oleh pengamalan diet dengan makanan dan minuman. Malaysia turut terkenal dengan masakan popular dengan penggunaan gula secara berlebihan yang mana menyumbang kepada penyakit diabetes.

Walaupun tidak mudah untuk mengawal pengambilan gula dan rasa manis, namun ia masih boleh dikawal dengan mengurangkan amaun dalam masakan atau menggantikan bahan masakan itu dengan pemanis tiruan.

WhatsApp Image 2023-02-22 at 14.30.46

Seseorang mudah menghidapi diabetes jika tidak menjaga kesihatan dengan baik. Agensi

2) Berat badan yang berlebihan

Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap diabetes.

Hal ini kerana jika mengambil makanan dengan jumlah yang berlebihan dan menjalani hidup yang kurang aktif, obesiti akan segera meningkat.

3) Mengutamakan sarapan

Pengambilan sarapan pada waktu pagi amat penting kerana ia mudah mengawal berat badan selain membekalkan tenaga dan nutrient.

Kebanyakkan orang yang terlepas dari mengambil sarapan pagi mempunyai kadar lebih tinggi untuk mengalami obesiti serta kencing manis.

Amalan mengambil sarapan pagi dengan makanan berkhasiat dan berserat dapat mengawal tahap hormon insulin.

4) Pengambilan snek waktu malam

Bagi mereka yang gemar memakan makanan ringan atau segera pada waktu malam adalah sangat tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan risiko diabetes.

Pengambilan memakan snek selepas makan malam menyebabkan peningkatan gula dalam darah. Walaupun begitu, pengambilan snek dibenarkan jika mengikut kualiti dan kuantiti yang betul.

5) Kurang tidur

Sistem metabolisme tubuh akan terganggu jika tidur kurang dari enam jam sehari, hal ini akan memudahkan seseorang untuk menghidap diabetes.

Tambahan pula, kurang tidur juga akan merangsang hormon dalam darah yang boleh menyebabkan kelaparan dan menjadi faktor risiko penambahan berat badan.

Oleh itu, setiap individu perlu mementingkan dan memantau kesihatan diri serta keluarga agar penyakit diabetes tersebut dapat dielakkan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram