MEMILIKI kulit putih, cerah dan berseri antara dambaan ramai khususnya kaum Hawa. Ada berpendapat perkara itu sukar diperoleh dan memerlukan banyak pengorbanan lebih-lebih lagi melibatkan wang.
Bagaimanapun, terdapat beberapa cara semula jadi yang boleh dilakukan tanpa perlu berbelanja mewah mahupun menggunakan produk kosmetik mahal.
Penggunaan bahan semula jadi seperti air beras, ekstrak madu, serbuk kunyit, pati tomato, gel lidah buaya dan lemon antara yang disarankan untuk membersihkan muka.
Selain sihat dan bebas kimia, bahan-bahan ini juga mudah untuk didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Namun, terdapat cara semula jadi lain yang dapat diamalkan bagi mendapatkan kulit bersih, berseri dan glowing.
Berikut antara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan semua itu.
Rehat dan tidur
Pastikan dapat waktu tidur dan rehat yang cukup kerana dua perkara itu mampu mambantu mencerahkan kulit sekali gus menjadikannya lebih sihat.
Mendapatkan rehat yang cukup membantu untuk meningkatkan aliran darah.
Dianggarkan seseorang memerlukan tidur sekitar tujuh hingga sembilan jam sehari.
Makan ideal
Pengambilan makanan sihat baik untuk penjagaan kulit. Bukan sahaja bebas minyak dan jerawat, tetapi penjagaan diet seimbang juga menjadi penanda aras kepada keadaan kesihatan kulit.
Ini kerana setiap makanan yang diambil akan memberi tindak balas pada darah dan organ tubuh lain.
Menu seperti kandungan gula tinggi, tenusu dan tinggi minyak antara yang perlu dielakkan.
Sementara itu, makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya vitamin C,D dan E dapat menyerlahkan kesihatan kulit.
Air putih
Meminum air putih sangat penting untuk kesihatan tubuh badan bagi mengekalkan hidrasi.
Dianggarkan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi membantu untuk melembapkan kulit kering dan mengelakkan risiko kulit rengsa atau radang.
Keseimbangan air dalam tubuh dapat membantu untuk kekal segar tidak dihidrasi.
Ringkasnya minum air putih dapat membantu kesegaran kulit wajah, mencerahkan dan mengurangkan cela. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram