CADANGAN Cuepacs supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam menerusi Bajet 2023 pada Jumaat ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan segelintir pekerja swasta.
Hal ini kerana, ada yang berasakan sekiranya penjawat awam mendapat kenaikan gaji, ia akan mempengaruhi kenaikkan harga barang mentah pada masa depan.
Pada masa sama, ada yang merasakan kenaikkan gaji itu tidak membantu menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat ekoran ekonomi yang tidak stabil.
Melalui pemerhatian Majoriti di Facebook, rata-rata cadangan Cuepacs itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.
Seorang warganet, Reen Abdullah berkata, dia tidak kisah sekiranya penjawat awam dinaikkan gaji tetapi ia sebenarnya memberi kesan kepada rakyat yang tidak bekerja di sektor tersebut.
"Rezeki penjawat awam kalau naik tetapi kena ingat kuasa membeli ada pada mereka dan yang akan dapat tempias daripada kenaikan gaji penjawat awam adalah orang seperti penjual burger, tukang kasut, peniaga pisang goreng dan abang mangga trafik light.
"Gaji naik, harga barang naik. Mereka yang kerja swasta terpaksa menderita. Nak keluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dihalang pula,"katanya.
Zil Husham Ramli turut bersetuju pendapat Reen.
"Aku bukan tak sokong, aku sokong tetapi Cuepacs perlu maklum setiap kali Cuepacs berjaya, pekerja di sebelah swasta gaji masih di takuk lama.
"Bila kerajaan naikkan gaji kakitangan awam, maka automatically harga barangan asas seperti gula, tepung, susu, telur dan lain-lain akan naik.
"Itu sebab miskin bandar dari M40 bertukar status ke B40 menjadi tinggi. Berfikirlah wahai Cuepacs!
Addie Azman Ahmad pula mencadangkan agar Cuepacs memperjuangkan untuk menurunkan harga barang.
"Tiap kali gaji kakitangan awam naik harga barangan asas ( ayam, gula, tepung, minyak masak, roti) pun naik.
"Bila naik tak turun dah, kali ni apa kata Cuepacs perjuang turunkan harga barangan pulak, kakitangan swasta, golongan bekerja sendiri dan pesara pun dapat manfaat nanti," tulisnya.
Sementara itu, En Azreen Pn Hidayah berharap agar kerajaan perlu bertindak adil kepada semua pihak.
"Kerajaan perlu bertindak cepat dan adil untuk semua pihak supaya pekerja swasta pun tak terbeban dengan kenaikan harga barang.
"Ini tengok, kilang-kilang swasta semua, susah betul nak naikkan gaji. Bukan setakat setahun, dua atau tiga tahun pun belum tentu gaji naik," tulisnya.
Matthew Chang turut meminta kerajaan melihat perkara itu secara menyeluruh.
"Sokong sahaja tapi bersyarat. Jangan perjuangkan sesetengah pihak sahaja. Biar menyeluruh, kadang-kadang terlepas pandang yang terkesan teruk dengan kenaikan harga barangan ini bukan penjawat awam tetapi orang-orang kampung yang bekerja sendiri," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram