SECARA umumnya, organ terbesar pada tubuh badan adalah kulit yang mana mempunyai tiga bahagian antaranya epidermis, dermis dan hipodermis.
Epidermis merupakan lapisan kulit yang paling luar, manakala, dermis adalah lapisan kulit di bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah, dan lemak, Hipodermis bermaksud bahagian kulit yang berperanan untuk menyimpan lemak.
Tiga fungsi utama kulit diciptakan iaitu untuk perlindungan, pengawalan dan deria rasa.
Lakukan pemeriksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal.
Sekiranya berlaku sebarang masalah seperti penyakit pada mana-mana bahagian kulit tersebut, maka fungsi terhadap badan individu juga mungkin akan terjejas.
Untuk mengelakkan dan menjaga kulit daripada masalah, anda perlu merujuk klinik pakar kulit dalam kadar segera. Jangan pandang remeh kepada enam perkara ini:
1) Masalah jerawat yang serius
Ramai yang menyangka bahawa masalah jerawat, whitehead, blackhead atau bintik-bintik lain itu adalah normal dan akan hilang dengan sendirinya seiring perjalanan masa dan umur.
Namun, jika masalah kulit itu menjadi teruk sehingga mengganggu kecantikan dan keyakinan diri, adalah lebih baik untuk berjumpa dengan ahli dermatologi bagi mengelakkan anda terkena masalah kulit yang serius.
Terdapat beberapa jenis prosedur seperti rawatan laser dan ubat kolagen yang boleh membantu menangani masalah anda tetapi anda perlu bersedia dengan kos, masa dan tenaga.
2) Jangkitan Mikrobiom pada kulit
Kulit manusia sangat sensitif terhadap jangkitan bakteria, virus, kulat dan kuman.
Oleh itu, amat penting untuk sentiasa waspada terhadap tanda-tanda seperti gatal, merah, bengkak dan lain-lain.
Ia amat penting untuk mengelakkan komplikasi atau kesan jangka panjang yang boleh menjejaskan struktur, sistem dan fungsi organ yang paling besar tersebut.
3) Tompokan kering
Seseorang individu juga perlu ke klinik pakar kulit jika terdapat tompokan kering pada kulit.
Ini kerana kulit yang kering, keras, kasar atau bersisik di bahagian-bahagian seperti kulit kepala, dada, siku, lutut atau belakang itu boleh menunjukkan gejala psoriasis.
Psoriasis merupakan penyakit kulit autoimun kronik. Autoimun adalah penyakit dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.
Rawatan dengan minyak dan krim dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
4) Kulit Rengsa / Meradang
Ekzema adalah salah satu jangkitan kulit yang sangat berbahaya. Tanda-tanda gejala ini seperti menimbulkan kerengsaan, keradangan, kulit merah dan gatal dengan teruk.
Terdapat satu jangkitan kulit lain disebut rosacea, yang dikenal dengan gejala kulit yang terbakar dan merasa gatal. Kedua-dua masalah kulit ini memerlukan rawatan yang sama, iaitu dengan menggunakan ubatan untuk mengatasinya.
5) Tahi lalat yang muncul secara tiba-tiba
Waspada terhadap tahi lalat yang muncul secara tiba-tiba di kulit anda.
Walaupun tahi lalat tidak membawa masalah, namun ia mungkin menjadi petanda kanser kulit.
Tetapi jika ia muncul secara tiba-tiba, maka anda perlu segera ke klinik kulit. Ini kerana tahi lalat itu mungkin boleh menjadi petanda awal kanser kulit.
Antara gejala lain yang boleh anda perhatikan ialah perubahan dalam saiz, bentuk, warna dan/atau tekstur kulit anda.
6) Pemerikasaan kanser kulit
Anda juga seharusnya mengunjungi doktor pakar kulit untuk memeriksa tanda-tanda kanser kulit secara berkala, seperti setiap tahun atau lebih sering, .
Ini sangat penting kerana melanoma (salah satu jenis kanser kulit) boleh membahayakan kesihatan.
Jangan abaikan tanda-tanda ini walaupun anda tidak rasa sakit kerana ia boleh membahayakan untuk jangka masa yang lama.
Dinasihatkan untuk mengambil tindakan dengan berjumpa pakar kulit segera apabila menemui tanda-tanda masalah kulit pada diri kita. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram