RIBUAN tahun dahulu, lukisan menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi dan mengambarkan sesuatu keadaan.
Tanpa sebarang pendidikan eksklusif atau teknologi moden, mereka mampu untuk menghasilkan lukisan yang sebilangannya bertahan sehingga ke hari ini.
Begitu juga lukisan yang ditemui di Gua Tambun, Perak berhampiran kawasan bukit batu kapur di Gunung Panjang. Lukisan Gua Tambun itu dipercayai dibuat pada zaman Neolitik dan mencecah usia lebih 3,000 tahun.
Jadi, bagaimana pula kita yang hidup di zaman serba canggih dengan pelbagai bantuan peralatan teknologi masih memberi 1001 alasan dan tidak melukis.
Tidak perlu bimbang, berikut lima idea untuk dijadikan inspirasi mengasah bakat melukis:
1. Haiwan
Melukis haiwan mungkin agak rumit, tetapi sebenarnya semudah hanya membentuk bentuk asas ke dalam makhluk kegemaran kita.
Cara mudah membuat lukisan yang menyeronokkan ialah mula dengan melukis beberapa bulatan dan kemudian membuat lukis wajah haiwan berkenaan.
Pilih haiwan kegemaran yang ingin dilukis seperti kucing, anjing, tikus, gajah atau buaya.
2. Abstrak
Lukisan dengan motif abstrak sama ada bulatan, empat segi, tiga segi atau lingkaran boleh dijadikan sebagai langkah pertama pembelajaran lukisan.
Lakukan lukisan berulang dan cuba mencampurkan dengan pelbagai warna.
Boleh tambahkan dengan garisan atau titik untuk memberikan sentuhan corak berbeza.
3. Bunga dan tumbuhan
Bunga dikatakan salah satu subjek yang mudah untuk dilukis dan sentiasa memberi impak berbeza.
Jika masih keliru, pecahkan tumuhan kepada beberapa bentuk asas. Sebagai contoh, batangnya berbentuk silinder, kelopak berbentuk seperti hati atau air mata, manakala duanya sedikit bergerigi.
Buat lapisan bentuk asas dan kemudian mulakan dengan bahagian tengah bunga dan mula menambak kelopak.
4. Bentuk
Pelbagai bentuk seperti atau objek boleh dijadikan sebagai inspirasi. Bukan hanya kerana mudah, tetapi kerana ini adalah asas kepada semua jenis visual.
Lukisan bentuk geometri asas seperti bulatan, segi empat atau segi tiga menjadi pilihan. Lukisan bentuk kereta, bangunan atau buku boleh dijadikan pilihan.
5. Makanan
Melukis gambar makanan antara salah satu cara untuk membantu agar imaginasi lebih kreatif dan lucu.
Pilih saja jenis makanan yang digemari seperti kek cawan, coklat, gula-gula atau donat.
Moga ini dapat dijadikan inspirasi dan mencetus idea untuk mempelajari seni melukis atau menjadikannya sebagai hobi masa lapang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram