Shuib sah jadi penyampai Suria FM


  • Hiburan
  • Sabtu, 27 Ogos 2022

Shuib (tengah) akan bergandingan dengan penyampai segmen pagi Suria FM, Ajak (kiri) dan Suraya.

KEKOSONGAN tempat bagi penyampai segmen pagi di Suria FM akhirnya diisi oleh pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin dalam stu pengumuman terbuka yang dibuat di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell di IOI City Mall, Putrajaya, pada Sabtu.

Shuib Sepahtu akan bergandingan dengan penyampai segmen pagi sedia ada iaitu Suraya Borhan dan Ajak.

"Sebenarnya kita sudah lama ingin bekerjasama dengan Shuib tetapi baru sekarang peluang itu hadir. Shuib juga menyatakan kesediaannya untuk bersama kami.

"Harapan kita dengan pelantikan Shuib ini adalah untuk mendapatkan impak yang lebih kepada Suria FM sekali gus menarik lebih ramai pendengar baharu," katanya.

Terdahulu, kira-kira 12,000 pengunjung hadir untuk menyaksikan persembahan artis terkenal seperti Amir UK’s, Mus, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

Turut hadir membuat persembahan ialah Haqiem Rusly, Wany Hasrita, Imsomniacks, Floor 88, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Sebelum ini, penyampai radio, Fizi Ali membuat kejutan selepas memilih untuk meninggalkan Suria FM pada hujung Julai lalu.

Selepas itu, Fizi kemudian mengesahkan yang dirinya memilih untuk bersama sebuah stesen radio yang lain iaitu Hot FM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram