'Jangan ganggu Kuching City' — Penyokong Sarawak United selar tindakan FAS


  • Podium
  • Ahad, 28 Ogos 2022

Penyokong menganggap FAS akan menganggu perkembangan Kuching City yang sedang diurus dengan baik. — Facebook/MFL

BELUM selesai dengan isu tidak membayar gaji pemain, kini dikhabarkan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mahu Sarawak United bergabung bersama Kuching City FC bagi membentuk satu-satunya pasukan di negeri tersebut.

Meskipun sekadar khabar angin, ia dimuat naik oleh laman sosial Facebook Kamek Kaki Bola yang mendakwa Presiden Datuk Posa Majais sedang memantau prestasi pengurusan kedua-dua pasukan berkenaan.

"Datuk Posa Majais sedang menilai prestasi pasukan Sarawak United dan Kuching City FC, bukan prestasi pasukan bermain tetapi prestasi pengurusan pasukan dan kemungkinan tiada lagi dua kelab tersebut musim depan," tulisnya.

Sarawak United kini menduduki tangga ke-11 dalam Liga Super manakala Kuching City berada di kedudukan ke-4 Liga Perdana.

wak25_1632571517

Sarawak United menjadi naib juara Liga Perdana musim 2021. Facebook/MFL

Perkembangan itu rata-rata tidak mendapat persetujuan penyokong bola sepak Sarawak kerana mereka menganggap FAS akan menganggu perkembangan Kuching City yang sedang diurus dengan baik.

"Sebelum ini kacau Selangor United, sekarang pergi kacau Kuching City pula! Harap sangat Ultras Sarawak buat protes," kata Amir Hamzah.

"Betul aku komen dekat posting sebelum ini, memang parasit ini akan lompat ke kelab lain pula lepas mereka gagal," ujar Mohamad Badeli Shah.

"Sayang betul kalau kacau Kuching City sebab pasukan ini sedang meningkat naik," luah Fazrizan N Farhanie.

"Semua pasukan yang dia pegang, semua hancur lebur, lepas ini Kuching City pula dia nak rosakkan," jelas Patrick Jay.

Sebelum ini FAS pernah menggabungkan dua pasukan menjadi satu apabila mereka mengambil alih pasukan Selangor United dan Sarawak FA dan bergabung menjadi Sarawak United selepas itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram