Feri tiba-tiba terbakar, lebih 80 penumpang dan anak kapal terjun ke laut selamatkan diri


  • Benua
  • Sabtu, 27 Ogos 2022

Punca kebakaran masih belum diketahui setakat ini. — Agensi

LEBIH 80 penumpang dan anak kapal Starlite Ferries berjaya diselamatkan selepas feri tersebut dilaporkan terbakar berdekatan Pelabuhan Batangas di Selatan Manila, Filipina.

Difahamkan, ramai dalam kalangan mereka terjun menyelamatkan diri ketika api terus marak ditambah dengan keadaan cuaca yang berangin.

Rakaman feri terbakar di Filipina

Feri MV Asia Philippines membawa 82 penumpang termasuk anak kapal dan beroperasi sebagai feri barangan dan penumpang antara pulau berhampiran bandar Calapan di wilayah Oriental Mindoro.

Punca kebakaran belum diketahui setakat ini.

Feri berkenaan boleh membawa sehingga 400 penumpang dan sebelum ini, terdapat kes pengendali feri yang tidak mendaftarkan penumpang mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kebakaran, feri, Filipina, Starlite Ferries