TULAR video seorang pemain bola sepak amatur cedera akibat ditendang pemain di dada semasa perlawanan malam di Arena Mutiara Johor, Johor dipercayai berlaku pada Rabu.
Dipercayai insiden itu berlaku semasa sepakan percuma seorang pemain pertahanan Fusion City bertindak menendang bola tinggi dan kemudiannya seorang pemain Budiman FC cuba merebut bola lalu tidak sengaja menendang dada lawannya.
Kecederaan yang dialami oleh pemain pertahanan itu kelihatan agak serius dan ia mengundang kecaman para peminat serta warga maya di media sosial.
BACA LAGI: Tak 'bahagia' bersama Amorim, penyerang Man United arah ejen cari kelab baharu
BACA LAGI: Amorim terpaksa guna kata-kata Mourinho untuk hidupkan semula impian fans Man United
Difahamkan pemain berjersi nombor 7 itu merupakan pemain bola sepak amatur kelab Budiman FC dan sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi dari kelab tersebut.
Dalam pada itu, satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Bola,Bola&Bola memaparkan warga maya rata-rata 'menghentam' tindakan pemain berjersi nombor 7 yang mengakibatkan kederaan serius terhdapa pemain lawan.
"Maaf semua pemain Budiman FC yang problem dan pemain Fusion bagus-bagus," komen Bola,Bola&Bola.
"Tolonglah banned pemain-pemain yang tidak beradab macam ini.
"Kalau ada pemain macam ini dalam kelab, lebih baik ditolak sejak awal.
"Mereka hanya merosakkan persekitaran bola sepak dan lagipun, liga kita pun sudah kurang menarik ditambah lagi dengan pemain yang buat hal.
"Liga rakyat pun sedang berkembang, tak perlulah nak ada pergaduhan macam ni," komen Muhamad Syahmi Ahmad Zuki.
"Dada yang dia cari tu... silap-silap boleh jadi malang untuk rakan sepasukan tu dan bahaya kalau ada orang macam ini main bola, nyawa dia seolah-olah tak kisah kalau dia cedera teruk.
"Tapi orang lain yang main elok-elok pula yang kena tempias, macam ini tidak patut," komen Lah Mokhtar.
"Ini tak layak dapat kad merah...hukuman sepatutnya adalah penjara terus kerana jelas ada niat untuk mencederakan orang lain," komen Mubarak Ibrahim.
Komen Acyd Rashid pula: "Biasanya pemain yang mudah sentap ini sering kali dibuli di atas padang.
"Kena jaga kena tipu, mulalah jiwa tak tenteram. Lepas itu, kalau bawa pasangan ke padang, lagi bertambahlah rasa sentap tu," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram