TULAR rakaman seorang individu lelaki yang maut akibat melecur terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon ketika tidur dalam kejadian dipercayai berlaku di Bitung, Tangerang, Indonesia pada Selasa.
Menerusi video tular sejak Selasa itu memaparkan lelaki terbabit yang berada dalam posisi sedang tidur, mengalami kecederaan parah di muka dan tangan kiri ketika ditemui di lokasi kejadian.
Difahamkan mangsa cedera akibat melecur ketika mengecas telefon semasa tidur, menurut maklumat penduduk setempat.
BACA LAGI: [VIDEO] Pembantu perubatan maut digilis treler tidak berada lorong kiri di Jalan Skudai
Video berdurasi 32 saat itu memperlihatkan mangsa yang berkemungkinan tinggal seorang diri meninggal di atas lantai beralaskan tilam dengan jenazahnya dikerumuni penduduk.
Pelbagai spekulasi warga maya mengenai insiden ngeri itu apabila ada yang berpendapat mangsa meninggal dengan keadaan tangan mangsa tersentuh pada kabel plag yang dilihat rosak dan menggelupas.
"Soket disambungkan ke banyak kabel dan sangat berbahaya, tambah pula mangsa tidur di atas lantai dan tangan berdekatan kabel.
"Kalau dari pengesas, kuasa elektrik (mungkin) sikit dan jika pegang sahaja tak rasa renjatan elektrik. Boleh juga sebab terlalu panas disebabkan terlebih cas dan kemudiannya bateri meletup.
"Tangan mangsa boleh jadi basah atau terdedah kepada kebocoran elektrik," komen Ridlo Muhammad.
"Kalau biarkan tidur pun tak apa asalkan jangan main telefon itu. Kalau nak tidur, cas dan kemudian jauhkan dari katil supaya dapat tidur yang lebih berkualiti juga," kata Wijdan Rizkiawan.
Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram