DALAM satu insiden ngeri di Gujerat, India Barat, seorang buruh maut selepas timbunan guni gandum jatuh menimpanya di sebuah gudang baru-baru ini.
Menurut laporan media antarabangsa, empat pekerja lain berjaya diselamatkan namun berada dalam keadaan kritikal.
Difahamkan kejadian berlaku di daerah Amreli pada 7 September lalu sebelum video insiden malang terbabit kembali tular sehingga Jumaat.
BACA LAGI: [VIDEO] Cas telefon masa tidur, lelaki di Tangerang hilang nyawa, muka dan tangan melecur teruk
Menerusi paparan video berdurasi 42 saat itu memaparkan lokasi berlaku di dalam sebuah gudang apabila pekerja masing-masing sibuk memunggah guni di tengah timbunan gandum dan secara tiba-tiba berlaku runtuhan.
Dilaporkan semasa mereka bekerja, beberapa beg gandum beralih jatuh dan runtuh dari kedudukan lalu menimpa pekerja menyebabkan mereka tertimbus di bawahnya.
Dalam keadaan huru-hara itu, salah seorang pekerja berjaya menyelamatkan diri dan berlari keluar bagi mendapatkan bantuan untuk rakan sekerjanya yang terperangkap.
Empat pekerja yang terlibat dalam insiden itu diselamatkan oleh rakan sekerja mereka yang berjaya mengeluarkan timbunan guni berkenaan.
Pekerja-pekerja yang diselamatkan dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Malangnya, salah seorang pekerja meninggal dunia akibat kecederaannya di tempat kejadian.
Insiden itu dirakam CCTV dan sehingga kini tular di media sosial sejak dimuat naik semula pada 10 November lalu.
Siasatan awal oleh pihak polis menunjukkan bahawa langkah keselamatan yang tidak mencukupi dan selamat mungkin menyumbang kepada kemalangan itu dan sisasatan masih dijalankan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram