PIHAK polis kini giat mengesan empat suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah premis membeli hasil sawit di Kampung Perak Sungkup, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah pada Selasa.
Insiden itu yang dipercayai berlaku pada Ahad lalu dan difahamkan tiada mangsa yang mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu sekitar pukul 1.50 tengah hari, memaklumkan kejadian samun menggunakan senjata api di lokasi tersebut.
BACA LAGI: Amorim dapat lampu hijau jual bintang 'overrated' era Ten Hag
BACA LAGI: 'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?
Menurutnya dalam satu kenyataan pada Selasa, terdapat sebuah kereta jenis Honda City dilihat memasuki kawasan premis semasa kejadian.
"Tiga suspek lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam turun dari kereta dan meluru ke arah beberapa pekerja di hadapan premis tersebut manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam kenderaan.
“Semasa kejadian, suspek menggunakan pistol dan parang.
"Seorang daripada mereka memecahkan cermin tingkap dan melepaskan tembakan ke arah siling premis sebelum melarikan diri dengan kereta yang sama,” katanya.
Wan Azharuddin memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan orang ramai diminta tampil memberi maklumat dengan menghubungi talian 04-4236999. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram