[VIDEO] Mayat warga emas tergelincir lemas di Sungai Pengkalan, Melaka ditemukan 200 meter dari lokasi


  • 112
  • Isnin, 18 Nov 2024

Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 200 meter dari lokasi warga emas itu dipercayai tergelincir. — JBPM Melaka

SEORANG warga emas yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Ahad dipercayai tergelincir dan lemas di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai, Alor Gajah, Melaka ditemui pada petang Isnin.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, mangsa dikenali sebagai Mokhtar Othman, 61, ditemui lengkap berpakaian di lokasi pada pukul 2.25 petang.

Difahamkan, mangsa berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 200 meter dari lokasi warga emas itu dipercayai tergelincir.

BACA LAGI: [VIDEO] Malang 3 kali ganda, wanita Thailand maut tersangkut kabel elektrik sebelum diseret lori lalu dihempap motor

BACA LAGI: [VIDEO] Ralit punggah barang gudang, pekerja buruh India maut, 4 kritikal tak sedar kena hempap timbunan guni gandum

“Pihak kami hari ini (Isnin) meminta bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menutup Pintu Air Kampung Gadek seawal pukul 8 pagi untuk menurunkan paras air di kawasan pencarian.

“Pukul 12.30 tengah hari kedua-dua anjing pengesan mengesan kewujudan tanda yang biasanya mayat manusia pada jarak lebih dari 200 meter," katanya.

Maklumat diterima bahawa orang awam melihat objek putih terapung 200 meter dari lokasi terakhir mangsa pada pukul 2.25 petang.

"Kami seterusnya melakukan pemeriksaan dan mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu media melaporkan, seorang warga emas yang juga pengurus kilang dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan ketika dipercayai berada di lokasi berkenaan.

JBPM dalam pada itu mendapat panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa pukul 5.39 pagi memaklumkan warga emas itu hilang dan berkemungkinan terkunci dalam tandas awam di sungai itu kerana keretanya masih berada di lokasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram