[VIDEO] Enggan terima hakikat gagal peperiksaan, pelajar kolej mengamuk ragut 8 nyawa di China, 17 parah


  • Benua
  • Isnin, 18 Nov 2024

Menurut polis Yixing, suspek bagaimanapun ditahan di tempat kejadian dan mengaku perbuatannya.

SEORANG bekas pelajar di sebuah kolej vokasional di China Timur, China pada Sabtu lalu bertindak membunuh lapan orang pelajar dan mencederakan 17 yang lain, menurut pihak polis.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas pembunuhan beramai-ramai paling maut di China dalam tempoh sedekad.

Menurut media antarabangsa, serangan itu berlaku pada petang di sebuah Institut Seni dan Teknologi Vokasional Wuxi di bandar Yixing di wilayah Jiangsu, kata polis Yixing dalam satu kenyataan yang mengesahkan jumlah korban.

BACA LAGI: [VIDEO] Malang 3 kali ganda, wanita Thailand maut tersangkut kabel elektrik sebelum diseret lori lalu dihempap motor

BACA LAGI: [VIDEO] Ralit punggah barang gudang, pekerja buruh India maut, 4 kritikal tak sedar kena hempap timbunan guni gandum

Suspek bagaimanapun ditahan di tempat kejadian dan mengaku perbuatannya, tambah polis.

Polis Yixing berkata, suspek adalah bekas pelajar yang sepatutnya menamatkan pengajian pada 2024 tetapi gagal dalam peperiksaannya.

"Menurut siasatan awal, suspek yang bernama Xu, seorang lelaki, 21 tahun merupakan graduan kolej 2024 bertindak menyerang orang lain selepas gagal dalam peperiksaan dan tidak menerima sijil tamat pengajiannya serta tidak berpuas hati dengan pampasan latihan," kenyataan oleh Biro Keselamatan Awam Yixing.

"Dia kembali ke sekolah untuk melampiaskan kemarahannya dan melakukan pembunuhan ini," katanya sambil menambah bahawa suspek mengaku perbuatan itu dan kejadian itu sedang disiasat.

Polis Yixing berkata, perkhidmatan pasukan kecemasan digerakkan sepenuhnya untuk merawat mangsa yang cedera dan menyediakan rawatan susulan bagi mereka yang terjejas akibat serangan itu.

Difahamkan, sekolah itu menawarkan belabagai kursus untuk menyediakan pelajar bekerja dalam industri termasuk pembuatan wayar dan kabel, reka bentuk dalaman dan pemasaran, menurut laman webnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram