BEKAS pengurus Sporting Clube de Portugal, Ruben Amorim membuat kemunculan kali pertama di hadapan media sebagai pengurus Manchester United baharu menggantikan Erik ten Hag pada Jumaat.
Dalam sidang media tersebut, Amorim terpaksa menggunakan kata-kata yang dipetik daripada jurulatih berpengalaman dalam industri bola sepak Eropah yang juga mentor beliau, Jose Mourinho bagi menghidupkan semula semangat dan impian para penyokong kelab berkenaan.
Amorim juga berusaha menarik kepercayaan daripada penyokong dengan kemampuannya untuk membawa kejayaan kepada kelab itu.
BACA LAGI: Tak 'bahagia' bersama Amorim, penyerang Man United arah ejen cari kelab baharu
BACA LAGI: Ten Hag akhirnya dipecat, Zidane dan Klopp antara 3 calon pengganti kekal Man United
"Panggil saya naif, tetapi saya benar-benar percaya bahawa saya adalah individu yang tepat pada saat ini.
"Saya boleh buat silap, tetapi tidak mengapa. Bumi tetap berputar, matahari akan terbit semula. Saya percaya, saya lelaki sesuai untuk tugas ini," katanya.
Katanya, ia merupakan keyakinan diri diperlukan untuk menjadi pengurus Man United yang berjaya sekali gus menepis persepsi-persepsi negatif terhadap kemampuannya.
Ia secara tidak langsung mengingatkan orang ramai tentang kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Mourinho ketika bertugas sebagai pengurus Chelsea pada 2004.
Dalam satu sidang media, Mourinho pernah memberi keyakinan sama terhadap penyokong kelab sebelum meraih tiga kemenangan Liga Perdana, satu Piala FA dan tiga piala Liga bersama The Blues.
Bagaimanapun, disebabkan kewarganegaraan mereka yang berbeza, terdapat perbandingan antara Amorim dan Mourinho.
"Saya berbeza daripada Mourinho, saya orang yang berbeza tetapi saya masih ingat masa itu.
"Anda lihat Mourinho dan anda rasa dia boleh menang di mana-mana sahaja. Ia bukan perkara yang sama, dia juara Eropah, saya bukan juara Eropah.
"Tetapi, bola sepak pada masa kini sudah berbeza. Saya lelaki muda, saya lebih memahami pemain, jadi saya cuba gunakannya untuk membantu pemain saya seperti Mourinho lakukan pada era itu di Chelse," kata Amorim.
Dia bagaimanapun mendedahkan mesej yang diterima daripada Mourinho selepas mengambil alih tugas United.
"Dia hantar mesej kepada saya, ia adalah kelab besar dengan pemain yang bagus. Dia betul, ia masih begitu.
"Kami sedang membina kelab baharu. Saya lelaki yang berbeza.
"Saya berharap dapat mengajar sesuatu yang berbeza kepada pemain saya. Ia adalah kelab terbaik di England. Kami mahu menang, itu sahaja," jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram