[VIDEO] Anjing liar punya pasal, budak nyaris terperosok bawah kereta Wira


  • Tular
  • Sabtu, 27 Apr 2024

Tangkap layar daripada rakaman dashcam memaparkan kanak-kanak itu hampir digilis sebuah Proton Myvi.

SEORANG kanak-kanak hampir digilis sebuah Proton Wira ketika dia sedang melarikan diri daripada seekor anjing liar dalam satu kejadian pada Sabtu.

Dalam satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah lori, seorang kanak-kanak kelihatan cemas sehingga tidak menyedari keadaan sekeliling apabila dikejar haiwan liar itu.

Situasi tersebut menyaksikannya terlanggar sebuah Perodua Myvi berwarna hitam yang menyebabkannya terjatuh di atas jalan raya.

Namun, nasib menyebelahi kanak-kanak lelaki tersebut apabila Proton Wira yang berada di belakang sempat mengelak daripada menggilisnya sambil dia bangun untuk menyelamatkan diri.

Beberapa pengguna jalan raya lain kemudiannya kelihatan keluar daripada kenderaan masing-masing untuk melihat keadaan budak lelaki berkenaan yang tidak mengalami kecederaan serius.

BACA LAGI: [VIDEO] Pejalan kaki buat bodoh biarkan budak kena serang sekawan anjing liar sampai parah

BACA LAGI: [VIDEO] Warga emas akan kemuka representasi gugur kes halang anggota MBPJ tangkap anjing liar

Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai mendesak agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan dengan menangkap haiwan liar yang sering mengundang ancaman.

"Apabila PBT mahu ambil tindakan terhadap anjing liar, ada yang pertikaikan. Nak kasihankan anjing liar atau nak kasihankan budak yang jadi mangsa seperti dalam video ni?" kata Jai-Yen Nakal.

"Bukan setakat ketakutan, boleh terjadi kemalangan melibat kan nyawa. PBT wajib pantau dan tangkap anjing-anjing kerana boleh kejar kanak-kanak dan gigit mereka," kata Jaenal Arifin.

"Anjing liar sepatutnya sudah perlu ditangkap kerana terus membahayakan orang lain," kata Fikhry.

Setakat ini, masih tiada maklumat lanjut mengenai lokasi kejadian, sekali gus menyukarkan pengguna media sosial lain untuk mengenal pasti PBT bertanggungjawab akan kehadiran haiwan liar berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram