ANTHONY Kim sudah mencipta sensasi karier golf apabila menempatkan dirinya dalam 10 pemain terbaik dunia pada usia 26 tahun.
Dia memenangi banyak gelaran Jelajah PGA, sekali gus menduduki tangga pemain keenam terbaik dunia selain pernah memenangi gelaran Piala Ryder 2008 dan Piala Presidents 2009 untuk pasukan Amerika Syarikat (AS).
Namun selepas itu dia menghilang. Akibat sering dibelenggu kecederaan, kelibatnya semakin sukar dilihat.
Sehinggalah pada awal tahun ini selepas 12 tahun 'bersembunyi' daripada dunia golf, Kim membuat penambilan mengejut apabila kembali beraksi dalam Jelajah Golf LIV.
Untuk kali pertama sejak kepulangannya, Kim akhirnya bersuara tentang 'misteri kehilangannya' dari sukan golf dengan mengakui hidupnya hampir musnah akibat orang di sekelilingnya.
BACA LAGI: Jang Naruto cemerlang sepanjang pramusim, silap-silap Selangor, JDT, TFC minat 'masuk line'
Akibat sering dibelenggu kecederaan, kelibat Kim semakin sukar dilihat.
BACA LAGI: Nazmi Faiz antara 3 bekas anak buah OKS boleh bantu 'squad depth' Sabah musim depan
"Saya tidak berbohong, saya dikelilingi orang yang jahat.
"Mereka mengambil kesempatan. Penipu. Apabila anda berusia 24 atau 25 tahun, malah 30 tahun, anda tidak sedar bahawa ada 'ular' tinggal bersama kita," katanya seperti dilaporkan CNN.
Dan Kim amat memahami perasaan tinggal bersama haiwan.
Katanya, pada satu ketika, dia tinggal bersama enam ekor anjing dan dua monyet selain menempuh satu tempoh tidak mahu meninggalkan rumah dan menghabiskan masa menonton rancangan realiti televisyen.
Pemain berusia 38 tahun itu berkata, dia mahu 'membuang' 98 peratus orang di sekelilingnya sebagai usaha kembali membina karier dalam golf.
Mengulas tentang kecederaannya, Kim pernah menjalani pembedahan di bahagian kaki dan bahu selain pembedahan tangan serta pinggang.
Juara tiga kali Jelajah PGA itu menyuarakan betapa kombinasi kecederaan dan faktor luaran mempengaruhi kariernya ketika itu.
"Golf amat penting buat saya dan ada kalanya tidak begitu penting. Saya pernah melalui zaman gelap," kata pemain kelahiran AS itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram