[VIDEO] Nenek meniarap selamatkan cucu nyaris kena patuk ular tedung masuk rumah


  • Benua
  • Rabu, 13 Mac 2024

Detik-detik seekor ular secara tiba-tiba memasuki Toddler Playpen yang diduduki bayi bersama neneknya,

SEORANG bayi berusia setahun dua bulan nyaris dipatuk reptilia berbisa yang menyusur masuk ke dalam rumahnya dalam kejadian di Thailand baru-baru ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang bayi sedang bermain bersama neneknya dalam keadaan berbaring di dalam sebuah katil bayi.

Secara tiba-tiba, bayi berkenaan menuding jari ke arah depan untuk menunjukkan seekor ular yang sedang berkeliaran di dalam kediaman mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa budak tarik kerusi sampai warga emas jatuh terlentang ketika solat di Bahau minta maaf

BACA LAGI: Diam-diam mematikan, ketahui 5 jenis penyakit silent killer boleh terjadi kepada anda

Neneknya yang berada dalam keadaan panik terus berteriak ketakutan.

"Ular, ular, ular!," kata nenek bayi berkenaan dalam rakaman video yang tular.

Bertindak dengan pantas, wanita berkenaan menangkap tubuh kecil cucunya sebelum berlari bagi mengelak dipatuk ular.

Memetik media antarabangsa, ibu kepada bayi berkenaan berasa bahawa ular itu mungkin merayap ke dalam rumahnya bagi mengelak dikejar anjing yang berkeliaran di luar.

Ular tedung yang berbisa itu juga difahamkan berjaya ditangkap. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram