SATU insiden menggemparkan berlaku di Pirenópolis, Brazil apabila seorang polis tentera ditemui dalam keadaan menyedihkan.
Mendiang yang meninggal dunia beberapa hari lalu ditemui hanya tinggal rangka dan tengkorak.
Rangka milik si mati, Cledio Vilela Cardoso ditemui oleh sekumpulan rakannya yang menyedari mangsa sudah lama tidak hadir ke gereja komuniti.
Bagaimanapun, kehadiran mereka ke rumah mangsa berakhir dengan kejutan kerana pegawai berusia 53 tahun itu didapati tidak sempurna berdekatan meja di kediamannya.
Berdasarkan laporan terkini, mayat Cardoso difahamkan dimakan enam ekor anjing peliharaan milik mangsa yang dipercayai dibela untuk tujuan keselamatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman dedah bukan kali pertama tindakan cabut bendera Palestin makan diri tentera Israel
Rangka si mati berada dalam keadaan mengejutkan.
BACA LAGI: [VIDEO] Tentera simpanan Israel terima padah ketika cuba cabut bendera Palestin
Polis mengesyaki mangsa mati diratah anjing belaannya yang kelaparan dipercayai kerana sudah dua minggu tidak diberi makan. Ia berikutan keadaan mangsa yang murung dipercayai kerana kehilangan anaknya lima tahun lalu.
Begitupun, punca kematian sebenar masih belum diketahui dengan pihak berkuasa masih menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah di sebaliknya.
"Setakat ini, kerja-kerja siasatan agak sukar kerana tisu si mati tidak boleh lagi dianalisis di makmal. Tetapi, polis masih boleh melakukan siasatan terhadap tulang sekiranya terdapat tanda-tanda keganasan.
"Jika terdapat bukti atas perkara itu, polis akan membuat siasatan untuk mengenal pasti punca kematian sebenar," katanya.
Cleudio menjadi polis tentera pada 2000 dan difahamkan kini berada dalam pasukan simpanan.
Dia juga dilaporkan tinggal seorang diri dengan kali terakhir dilihat oleh jirannya pada 8 April lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram