
SEORANG kanak-kanak lelaki cedera gara-gara dikejar lima ekor anjing liar selepas ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa di tengah jalan dalam kejadian di Bathinda, Punjab, India pada Selasa.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran, mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan dibiarkan bermain tanpa penyeliaan ibu bapa mereka.
Pada masa sama, terdapat lima ekor anjing liar berdekatan dengan dua kanak-kanak tersebut sebelum menyerang salah seorang daripadanya.
BACA LAGI: Jabatan Perikanan sahkan kupang di PD tak selamat dimakan
Kelihatan ibunya bergegas menyelamatkan mangsa ketika kejadian. — Agensi
BACA LAGI: 'Saya bukan anggota Lembaga Pengampunan', Saifuddin tak pernah lihat adendum Najib
Mangsa kemudiannya dilihat berlari dalam ketakutan dan terjatuh di tepi jalan.
Namun, budak lelaki malang itu bernasib baik selepas ibunya mendengar jeritannya dan terus bergegas menyelamatkan mangsa.
Mangsa juga dilihat tidak mengalami kecederaan serius selepas diserang anjing liar itu.
Penduduk setempat dilaporkan membuat aduan terhadap populasi anjing liar yang semakin bertambah di kawasan tersebut.
Berdasarkan laporan Aaj Tak, penduduk telah memfailkan aduan kepada majlis perbandaran tempatan berhubung serangan anjing liar tapi tiada sebarang tindakan dibuat ke atas aduan terbabit.
Kejadian tular di media sosial sejak Khamis itu sekali gus membuka mata ramai agar peka dengan situasi semasa.
Rata-rata warga maya juga menyarankan kepada semua ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak-anak sendirian terutamanya di jalan raya.
"Itu adalah tanggungjawab ibu bapa untuk jaga anak-anak," komen pengguna Twitter (X) @Nagraj_07.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram