[VIDEO] ‘Since when?’, wanita kembali persoal lepas ditegur bawa anjing ke pusat beli-belah


  • Tular
  • Ahad, 14 Apr 2024

Wanita itu dikecam kerana membawa anjing ke dalam kedai telekomunikasi baru-baru ini.

MASIH terdapat sikap masyarakat yang tidak mengambil peduli soal peraturan larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah meskipun sudah dinyatakan secara jelas oleh pihak pengurusan.

Pada Ahad, tular mengenai rakaman video seorang wanita yang membawa seekor anjing ke dalam sebuah kedai telekomunikasi di sebuah pusat beli-belah terkemuka dalam negara.

Turut dilihat, wanita terbabit enggan untuk keluar daripada kedai berkenaan meskipun telah dilarang.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan mempersoalkan mengenai larangan membawa anjing yang dibuat.

"Since when?," katanya menerusi video apabila ditegur oleh kakitangan permis berkenaan.

BACA LAGI: Rekaan 'puzzle' cetus minat, jurutera telekomunikasi sanggup masuk lebih 80 bank buru koleksi sampul raya

BACA LAGI: Kaki pancing udang galah lali terserempak buaya, kongsi kisah mistik jumpa makhluk berbulu

Walaubagaimanapun, tindakan pekerja premis itu yang melarang secara baik wanita berkenaan meraih pujian warganet.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang pengguna, @XavierNaxa mengucapkan rasa bersyukurnya kerana kakitangan premis berjaya mengawal keadaan berkenaan dengan tenang.

"Syabas kepada kakitangan kerana dapat mengawal situasi. Anjing tidak dibenarkan untuk dibawa ke pasar raya, inikan pula Penjual Berdaftar (AAR)," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terkilan apabila masih terdapat individu yang tidak peduli dengan perkara itu.

"No pet allowed. Semua jenis haiwanlah, tak kisahla kau bawak kambing ke hamster ke, tak boleh bawak masuk premis. Walaupun kau bawa binatang yang sudah di vaksin pun masih tak boleh bawa masuk premis. Mana tau ada orang lain alergik dekat bulu haiwan," tulis Haziq Aiman.

"Binatang itu tak salah, pemelihara yang kena faham dimana binatang dibenarkan atau boleh dibawa masuk atau tidak dalam semua premis. Rasanya kucing pun tidak bolehkan. Kena faham la," tulis Azmi Ali.

"Buatnya anjing tu kencing atas alatan elektronik, confirm pemelihara akan berlepas tangan tak nak tanggungjawab. Sebabtu polisi macam ini dicipta," tulis Tintakarat.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa atau pemilik kedai mengenai isu tersebut, selain lokasi kejadian belum didedahkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram