Dulu fans tak yakin, kini bintang muda Sang Penyu disebut-sebut pengganti FH7


  • Podium
  • Rabu, 15 Mac 2023

Syafik disebut-sebut sebagai pengganti Mickey. — TFC

SEJAK Terengganu FC (TFC) kehilangan tonggak sayapnya iaitu Faisal Halim, persembahan pasukan itu dilihat seolah-olah kurang menyengat dalam saingan Liga Super musim ini.

Setakat ini, pasukan Sang Penyu berada di tangga keenam apabila berjaya mengutip lima mata, selain menang satu daripada empat perlawanan.

Dalam perlawanan terbaharu, TFC menang 1-0 ketika menentang PDRM FC pada Sabtu lalu, manakala dalam perlawanan seterusnya, Sang Penyu bakal berentap dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Khamis.

1533689088041156608_1

Syafik disarankan untuk mendapatkan lebih minit perlawanan. — Twitter Syafik Ismail

Menyedari perjalanan mengakhiri liga musim ini dilihat masih jauh, penyokong TFC tidak henti-henti memberi sokongan kepada pasukan tersebut.

Ini termasuk meyakini bahawa mereka sudah menemui pengganti Faisal Halim atau Mickey bagi menguatkan lagi benteng Sang Penyu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penyokong dilihat menyamakan bintang muda Sang Penyu, Syafik Ismail dengan Mickey.

Tulis Shamsor Mohamad: "Bagus dia ni. Bagi main lagi, insya-ALLAH mantap. FH takdok, SI ada."

Nasir Zulkifli berkata: "Dia ni okay. Boleh ambil ganti tempat Faisal Halim tapi kena push lagi bagi mantap."

Ujar Ahmad Musaiyar: "Gilap molek boleh jadi macam FH atau lebih dari FH. Kena dapatkan minit perlawanan je."

Tambah Keymie Kaito: "Dulu kurang yakin sebab ada Faisal Halim. Bolehlah ganti tempat Faisal Halim ni."

Jelas Ramli Abdullah: "Pengganti Faizal Halim ni. Bagi nombor 7 pada Syafik."

Untuk rekod, Syafik sudah melakukan beberapa kemunculan bersama pasukannya sebelum ini di Liga Super sebelum bersama dengan pasukan muda negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram