Benam PDRM 1-0, namun gandingan Adisak, Mintah tarik perhatian fans TFC


  • Podium
  • Sabtu, 11 Mac 2023

Antara aksi Liga Super TFC menentang PDRM FC pada Sabtu. — PDRM FC

TUAH menyebelahi Terengganu FC apabila memperoleh keputusan 1-0 ketika aksi Liga Super menentang PDRM FC pada Sabtu.

Namun, apa yang menarik dalam aksi berkenaan adalah keputusan ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner yang melakukan perubahan drastik ke atas kesebelasan utamanya.

Ini kerana dia memilih untuk menurunkan gandingan penyerang, Adisak Kraisorn dan Jordan Mintah berbanding pemain pilihan utamanya, Ivan Mamut.

FnZTIScakAUKULP

Gandingan Mintah (kiri) dan Adisak (kanan) pada Sabtu mendapat pujian penyokong. — TFC

Perkara berkenaan menerima respons cukup baik daripada penyokong Sang Penyu dengan pasukan Pantai Timur itu sedikit bergelut di hadapan pintu gol musim ini.

Tulis Iqie Muhammad: "Pair Adisak + Mintah + Sony + Sharif memang jadi malam ni. Mintah header tapi on target terus kepada keeper. Dapat lorongan bola dan terus shot menggunakan left foot, tapi keeper PDRM dapat save bola Mintah. Sony shot on target juga tepat kepada keeper.

"Peluang Shahrul Nizam untuk membuka akaun jaringan musim ini hampir-hampir untuk mendapatkan jaringan, tapi sayang terkena kepala pemain PDRM dan bola terus mengenai palang gol. Nampak serasi juga Mintah, Adisak, Sony dan Sharif, lain macam TFC bermain malam ni, terbaik semangat tu penting dan semoga berjaya.

Dalam aksi keempat Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu itu, kedua-kedua pasukan terikat dengan keputusan 0-0 pada separuh masa pertama.

Namun, menjelang minit ke-76, pemain import TFC, Sardor Kulmatov berjaya menyumbang gol pertama buat pasukan itu.

334982493_561874812583375_987808155974954466_n

Aksi perlawanan antara kedua-dua pasukan pada Sabtu. — PDRM FC

Keputusan itu sekali gus menyaksikan TFC berada di tangga keenam Liga Super, selepas mengutip empat mata, satu kemenangan daripada keempat-empat perlawanan setakat ini.

Sementara itu, PDRM FC kekal berada di tangga ketujuh, apabila berjaya mengumpul lima mata dan menang satu daripada empat perlawanan.

TFC akan bertembung dengan Negeri Sembilan pada Khamis depan, manakala PDRM FC pula berdepan Kelantan United FC pada Sabtu depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram