Fans letak syarat, jangan turunkan playmaker TFC kalau nak menang mudah lawan skuad Jang


  • Podium
  • Selasa, 14 Mac 2023

Terengganu disifatkan mampu 'menang besar' menentang Negeri Sembilan pada perlawanan pada 16 Mac depan. — Terengganu FC.

PERTEMBUNGAN antara Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada 16 Mac ini disifatkan sebagai sebagai satu perlawanan mudah buat skuad Penyu.

Ini kerana kekalahan besar 0-7 NSFC dengan Johor Darul Takzim (JDT) menjadikan pasukan kendalian K. Devan itu sebagai lawan mudah dalam Liga Super musim ini.

Pandangan itu disuarakan barisan penyokong TFC di Facebook Terengganu FC.

Mereka sepakat mengatakan TFC mampu memungut tiga mata sekali gus menewaskan NSFC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

334980638_1645885565847142_6258733971484540871_n

Penyokong yakin Terengganu mampu mengalahkan Negeri Sembilan yang 'berduka' selepas tewas 0-7 dengan JDT. — Terengganu FC.

Tambahan, NSFC yang masih belum berjaya mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan antara punca pasukan itu tersenarai di kedudukan corot dalam carta.

“Kene target tiga mata dalam perlawanan ini. Ganti dengan yang seri lawan Kuala lumpur hari itu.

“Next game lepas Negeri Sembilan ini, straight tiga home game. Negeri Sembilan belum jumpa rentak lagi. Ambil peluang.

“Jadi untuk perlawanan tiga home game akan datang, TFC perlu letakkan sasaran untuk menang,” katanya pengguna media sosial.

Dalam pada itu, penyokong turut mengharapkan agar pemain tengah, Liridon Krasniqi atau terkenal dengan pangilan Mat Don tidak tersenarai dalam kesebelasan utama.

Snapinsta.app_1080_331534005_2363370953828288_3822452135700047137_n

Liridon atau Mat Don dinasihatkan agar tidak tersenarai dalam kesebelasan utama pemain ketika menentang Negeri Sembilan di Paroi nanti.

“Come on TFC, Negeri Sembilan tengah down tu, Insya-ALLAH, boleh makan lagi tu.

“Liridon banyak buat hantaran pada pihak lawan. Elok masuk Faiz Nasir je.

“Liridon tu tak payah la main, buat naik darah je tengok dia main,” ujar mereka.

Untuk rekod, pemain naturalisasi negara mula menyertai TFC pada Februari secara pinjaman dari kelab JDT dengan kontrak satu tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram