Menteri baru umum, rakyat risau 'roadtax' digital punca jalan sesak, mahu JPJ guna kaedah imbas muka atau jari


Kualiti pelekat cukai jalan didakwa kurang memuaskan oleh segelintir pihak.

SELEPAS menerima maklum balas orang ramai berhubung masalah dihadapi berkaitan pelekat cukai jalan (roadtax) dan lesen memandu, Anthony Loke tampil mengumumkan penyelesaian.

Menteri Pengangkutan itu berkata, Kementerian Pengangkutan Malaysia melaksanakan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian.

Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Meskipun ada yang bersetuju dengan pengumuman itu, namun tidak kurangnya ada juga yang membangkang, berikutan bimbang akan menimbulkan masalah di pada masa akan datang.

Cukai jalan

file7hy309t7ydgfs95j4i5

Rakyat bimbang keputusan kerajaan berkenaan cukai jalan itu akan menyebabkan kesesakan ketika sekatan jalan raya.

Sams Rino berpendapat, tindakan tidak memaparkan cukai jalan mungkin akan menyebabkan kesesakan ketika sekatan jalan raya.

"Pihak berkuasa nak kena periksa satu persatu (cukai jalan). Dah tak nampak ada tampal di cermin. Semua susah."

Berpendapat sama, Bro Di menulis: "Kalau masa roadblock (sekatan jalan raya), polis nak tengok cukai jalan kena tunjuk telefon bimbit dan ini makin lambat. Kereta kat belakang kena tunggu ambil masa. Boleh sebabkan kesesakan. "

Pada masa sama, Otai Lanchang berkata, kerajaan sepatutnya menaik taraf kualiti cukai jalan dan bukannya menambah kesukaran ramai pihak.

"Sticker roadtax senang tercabut dan kalau dilekatkan pada cermin hadapan kenderaan akan merosakkan cermin tu sendiri."

"Lepas tu kalau buat sistem online mungkin akan menyebabkan kesesakan ketika roadblock."

Sementara itu, Zamri Ahmad khuathir jika rangkaian internet lambat ketika sekatan jalan raya, seterusnya menyebabkan kesukaran untuk memaparkan cukai jalan kepada pihak berkuasa.

"Nanti tak pasal kena pinjam hotspot abang polis. Penat la abang polis," perlinya.

Farid Abdullah menambah: "Sistem itu kalau di bandar memanglah bagus, tapi kalau untuk orang yang tak tahu tentang digital ni semua macam mana pula? Contoh mak ayah dekat kampung warga emas. Bukan semua pakai smartphone. Lepas tu roadblock. Kat situ dah makan masa nak buka telefon bimbit lagi nak tunjuk dekat pegawai. Itu belum kira sistem atau apps tergendala."

Lesen memandu fizikal

MOT-Beri-Pengecualian-Tak-Perlu-Renew-Lesen-Cukai-Jalan-Dari-1-Februari-Hingga-31-Mac

Rakyat juga mahu pihak berkuasa membawa aplikasi yang boleh mengimbas identiti seseorang individu berbanding memaparkan lesen memandu secara atas talian.

Dalam perkembangan sama, rata-rata netizen menganggap cadangan orang ramai tidak perlu memaparkan lesen memandu secara fizikal sebagai lapuk kerana sudah diguna pakai di negara lain.

Muhazzan Mansor berkata: "Di Arab Saudi sudah maju sekarang dah boleh bawa kad pengenalan secara digital di dalam telefon pintar. Kita baru nak bercerita tentang nak buat lesen digital dalam telefon pintar."

Farhan Azizi Simasadi menulis: "Perlu juga ada pilihan tambahan seperti semakan melalui nombor kad pengenalan. Sebab saya tak biasa bawa powerbank, yang mana ada hari yang bateri habis. Waktu tu nak beli kupon parking pun susah, dengan nak buat transaction QR Pay."

Mohd Hafizulullah Epy mengesyorkan: "Hapuskan sekali bayaran perbaharui lesen. Kalau nak buat pembayaran ketika lesen hilang atau rosak sahaja. Baru betul bantu rakyat."

KEEN berkata: "Apa kata pihak berkuasa sahaja yang bawa apps boleh scan muka atau jari atau kad pengenalan macam di kaunter. Semua maklumat boleh keluar. Singapura pakai barcode dan boleh tahu kesalahan." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram