Mekanisme cukai jalan lebih baik diumum tidak lama lagi, kata Loke


  • Primer
  • Ahad, 15 Jan 2023

Anthony Loke berucap ketika majlis makan malam ulang tahun ke-55 Persatuan Peniaga Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur dan Selangor pada Jumaat.

MEKANISME pemerolehan cukai jalan yang lebih cekap dan mudah akan diperkenalkan selepas Tahun Baharu Cina, dengan butirannya akan diumumkan tidak lama lagi, kata Anthony Loke.

Menteri Pengangkutan itu berkata, Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) meminta tempoh penanggguhan selama 30 hari untuk kenderaan terpakai dipandu di jalan raya selepas proses pemindahan hak milik sementara diselesaikan, sementara menunggu cakera cukai jalan baharu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Saya akan memilih tarikh selepas Tahun Baharu Cina untuk bercakap mengenai mekanisme baharu itu.

"Saya tahu masalah berkaitan cukai jalan telah banyak menyusahkan (orang ramai). Kita boleh mendigitalkan dan memudahkan proses itu," katanya pada majlis makan malam ulang tahun ke-55 Persatuan Peniaga Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur dan Selangor pada Jumaat.

Jelas beliau, pendigitalan cukai jalan itu mampu menyediakan perkhidmatan lebih lancar dan pantas kepada rakyat.

"Dengan pendigitalan itu, orang ramai tidak perlu pergi ke pejabat JPJ untuk membayar atau mengutip cakera cukai jalan," katanya.

Justeru, beliau berharap persatuan-persatuan yang berkenaan boleh menggunakan memorandum untuk mengemukakan pandangan dan cadangan mereka tentang kaedah mengubah isu berkaitan pengangkutan kepada kementeriannya.

Beliau berkata, terdapat banyak organisasi berminat untuk berdialog dengannya namun, beliau mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghadiri semua disebabkan kementerian itu meliputi perjalanan darat, udara dan laut, yang melibatkan banyak kumpulan.

Katanya, setiap memorandum yang diterima diserahkan kepada jabatan berkaitan untuk menentukan kebolehlaksanaannya.

Dalam majlis itu, Loke turut menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara CarSifu, sebuah anak syarikat milik Star Media Group, FMCCAM dan ezAuto Asia Sdn Bhd semasa sambutan ulang tahun itu.

MOU itu akan menyaksikan semua pihak berkumpul untuk bersama-sama meneroka usaha kerjasama bagi meningkatkan pengalaman pengguna ketika membeli kereta baharu dan terpakai.

Picture1

Anthony Loke (berdiri, tengah) menyaksikan permeteraian MOU antara Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Alex Yeow, Setiausaha Agung Kehormat FMCCAM, Khoo Kah Jin, dan Pengarah Urusan Kumpulan ezAutoAsia, bersama President FMCCAM Datuk Tony Khor (berdiri, lima dari kanan). Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram