Hampir 2 bulan jadi PM, rakyat tunggu 'keputusan rasmi' 3 usaha utama Anwar Ibrahim


  • Massa
  • Sabtu, 21 Jan 2023

Pentadbiran Anwar kini mula dinilai oleh rakyat termasuk apa yang dilakukannya selepas hampir dua bulan menerajui kepimpinan negara.

HAMPIR 60 hari memegang tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) diadakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula dinilai daripada segi kepimpinannya.

Terbaharu, Anwar seperti bekas Perdana Menteri yang lain sebelum ini, memperkenalkan satu slogan yang akan mencerminkan pentadbirannya iaitu Malaysia Madani.

Namun, tinjauan Majoriti di media sosial mendapati rakyat sudah mula membuat penilaian terhadap perubahan yang cuba dibawakan ahli Parlimen Tambun itu.

Berikut adalah antara beberapa usaha drastik yang dilakukan Pengerusi Pakatan Harapan sepanjang hampir 60 hari bergelar Perdana Menteri tetapi masih belum ada 'keputusan rasmi' hasilnya.

RM100 juta bantuan banjir Terengganu, Kelantan

infographic

Saban tahun, Terengganu dan Kelantan antara negeri yang dilanda musim tengkujuh hingga mengakibatkan hujan lebat dan sebagainya.

Prihatin dengan keadaan itu, Anwar telah meluluskan bantuan RM100 juta kepada dua negeri di bawah naungan PAS.

Malah, Anwar turut turun ke lapangan untuk melihat dan memantau keadaan rakyat yang berkumpulan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bagaimanapun impak bantuan yang disalurkan hanya boleh diketahui dalam tempoh setahun lagi apabila kedua-dua negeri itu berdepan musibah banjir.

Peruntukan yang disalurkan itu pastinya diharapkan mampu dimanfaatkan sebaiknya dengan pembinaan infrastruktur seperti benteng sungai atau pelan pencegahan banjir yang lebih baik apabila tiba musim monsun.

KPI buat menteri

PUTRAJAYA, 18 Jan -- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) bersama (dari kiri) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar dilihat begitu serius dalam sistem pentadbirannya apabila menyatakan bahawa beliau akan mewujudkan petunjuk prestasi (KPI),

Menerusi perkara itu, Anwar mahu menteri yang dilantik untuk memberikan input selepas lebih sebulan dilantik ke jawatan masing-masing.

Namun, setakat ini belum ada lagi keputusan KPI diumumkan secara terbuka sedangkan rakyat kini sedang menilai setiap tindak tanduk dan keputusan menteri.

Kos sara hidup

PUTRAJAYA, 7 Okt -- Keluarga Malaysia berbelanja untuk mendapatkan barangan makanan dan keperluan harian di Pasar Tani hari ini.Peruntukan lebih RM55 bilion disediakan menerusi Bajet 2023 khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barangan dan perkhidmatan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.-fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sejak memegang tampuk pemerintahan lagi, Anwar dilihat begitu komited untuk menangani kos sara hidup.

Malah, beliau juga sanggup mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan walaupun pada hari cuti.

Ini menunjukkan bahawa Anwar begitu komited namun masalah ini belum selesai dan diharap dapat segera ditangani oleh kementerian yang berkaitan secepat mungkin.

Di sebalik usaha baiknya itu, isu terbabit masih belum ditangani sepenuhnya dengan cukup melihat kepada soal bekalan telur yang sehingga hari ini menjadi bualan rakyat.

Itu belum dikira dengan harga ayam, harga bahan mentah sama ada untuk sektor pertanian atau pembinaan yang tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan harga dalam tempoh terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram