PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjejakkan kaki buat kali pertama dalam tempoh kira-kira 25 tahun di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada Selasa.
Kehadirannya bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dijadual berlangsung pukul 8.30 malam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba lebih awal pada pukul 7.45 malam.
Ia juga merupakan kali pertama pemimpin DAP - Anthony Loke yang merupakan Setiausaha Agung Parti - tiba di ibu pejabat Umno.
Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, yang mempengerusikan sekretariat itu, dilihat sebelum ini mengiringi Fadillah.
Turut dijangka hadir pada mesyuarat itu adalah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta pemimpin utama parti-parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan.
Mereka terdiri daripada parti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram